Wedding of Year

Tak sabaq sungguh nak letak juga entry ni, memandangkan esok is another day to attend conference, I'm very much sure that I dont have much time to update this blog. Jadi usaha juga letak di pagi buta ini.

Kami sekeluarga mengucapkan tahniah kepada Adi Mardzriwan Hussein Shah dan Zuraida Aziz yang baru sahaja diijabkabul sebagai suami isteri petang tadi. Maaf bebanyak sebab tak dapat datang majlis pernikahan kerana bekerja waktu tu, tapi majlis pada waktu malam memang kami sampai.

Adi ini ialah sepupu kak-M, anak kepada Maklang kak-M iaitu adik kepada abah kak-M, tudia,,hampa paham ka? heee macam ayat pi ramli gitu. Lepas maghrib je kami bertolak ketempat majlis di Felda Villa, Jalan Semarak tu. 

Sangat hebat la majlis kawin depa ni. Teruja anak beranak dok menengok pencak silat, tarian zapin bagai..hadoii Danish dah tanya bila boleh makan ni dok asik menari jer..hahah, iyalah sebab mummy cakap malam ni mummy tak masak, kita makan kat tempat orang kawin. Akhirnya jam 9.45 baru buleh makan...ahalai begitu ler anak oii datang majlis orang kenalah ikut peraturan.









Majlis ala santai ni nampak sangat ringkas dan menarik, tapi kak-M percaya pasti menelan kos yang sangat tinggi. Macam buat kat hotel jugalah levelnya. Makanan pun ok disediakan oleh Felda D'saji. Ada nasi minyak, ayam merah, kari daging, dalca, daging hitam dan acar rampai. Tidak ketinggalan ada juga roti jala, kek coklat, kek keju, popia goreng dan kuih talam. Hmm apa yang yang nak semua pun ada.

Yang paling seronok ialah Danish sebab ada ayam merah..heeee, dua ketui dia makan..memang kenyang habis. Naik kereta jer semua 3 beradik terus kong. Alhamdulillah anak-anak semua behaved as usual. 

Inilah wedding of the year bagi keluarga kami. Tahniah juga kepada Maklang dan Paklang menerima menantu pertama..Yeay!

Comments

Kazman / Sue said…
fuhhh... memang meriah majlis ni....
emma marini said…
tu lah, ala-ala artis la kan..heee
icha fariha said…
wahhh cm artiss... meriahnyaaa..
emma marini said…
Kami dok semeja dengan makjang dan pakjang, heran pasepa tak panggil pun makjang n pakjang tepung tawar, yg dijemput cuma adik beradik paklang shein shj..tak palah, makan pun kenyang kan..heeee

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick