Roasted Chicken

Pagi ni kunun nak pi jogging kat tasik. Tapi bila bangun dok bersin bagai nak rak. maka ku cancel kan aja niat murni itu. Kak-M dapat selsema lah ni..hmmm ureng vitamin C, dan memang dah lama habis stok pun. Petang ni kena juga pi farmasi beli vitamic C. you all amik ke vitamin C. Produk mana yang bagus yer? Macam-macam brand dok ada kalau masuk farmasi, jenuh nak pilih. Alih alih balik rumah macam tu jer tak beli pun heeee. Well, kak-M sempat juga join contest ke Hngkong. You all tak join ker kes yang kena pilih mana satu hero yang paling layak..ahahah..ish meh sini klik SINI jer... then you all tahu ler apa mendanya.

Walau pun tak begitu sihat, runny nose dan badan ada rasa letih juga. Tugas harian perlu juga dilaksanakan macam biasa. Hari ni ada request orang tu nak makan Roasted Chicken. Petang semalam lagi kak-M dah pegi cari bahan-bahannya.



Biasanya you all guna resepi mana yer. Kak-M ni main bedal jer apa apa yang ada. Untuk Roasted Chicken ni, kak-M beli ayam yang dah siap potong, mula tu nak guna guna ayam yang sekor tu atau yg sebelah atau suku ekor tu tapi memikirkan payah pula nanti nak kena gak potong kecik kecik untuk budak budak ni makan. Ayam ni kak-M defros then gaul dengan garam, kunyit, basil, rosemary dan thymes, letakkan sikit perahan lemon. Ikut suka lah kalau nak masukkan carrot or kentang or cauli flower atau sayuran lain. Perapkan selama setengah jam dan masuk oven selama 1 jam, siap.

Gravy pula akak beli serbuk dan kedai baking balik bancuh dengan air panas tumbukkan lada hidam kasar kasar, masukkan juga cendawan butang yang dipotong nipis. Siap.

Senang sangat penyediaanya. Boleh je di makan bersama nasi goreng cina. Lengkap sudah menu hari ini. Selamat menjamu selera semua. Ceriakan hujung minggu anda dengan perkara2 yang berfaedah.

Comments

nanne_manja said…
emma, kalo rajin letak resepinya..mcm nak buat jugaklah..nampakk sedap :D
emma marini said…
Resepi dah Ada tu aku bedal jer campak2
emma marini said…
This comment has been removed by the author.
Cik Olive said…
wahlah....superb la kak M...telioq tengok..tp aii plg suka mangkuk kak M tu...mcm pelbagai guna sungguh.
emma marini said…
Alahai cik olive, ramai juga yg berkenan dgn mangkuk tu..kak m beli di uk dulu...mmg sgt pelbagai guna

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick