Plagiat

Siang tadi boleh tahan juga aku dok berdebat kes plagiat ni di FB..hmmm sakit dada. Mana-mana pun ada plagiat, lagi-lagi di Malaysia terchenta ni, copyright act masih lagi tak begitu dipertahankan. Kalau aku kat UK dulu, photostate kat libary lebih dari 5 helai dah ada mula menjeling..huihhh silap haribulan ada yg melaporkan mahu aku kena soal jawab kat mahkamah..well hak cipta terpelihara kan...cuba buat kat sini ada orang peduli ker...bukan lah nak kondem negaraku terchinta ni cuma terasa isu-isu macam ini perlukan perhatian. Aku nengok selamba jer dorang photostate buku siap ada perfect binding lagi sebijik macam buku asal. Hmmmm...kalau cakap bab etika memang out la. Tapi sebab tiada apa tindakan yang pernah di ambil maka perbuatan ni nampaknya dikira halal lah macam tu.

Dalam akademik plagiat ni dianggap suatu perbuatan meniru, meniru dalam islam hukumnya berdosa. hah! dapat ko...Berdosa tau. Iyalah menjadikan hasil kerja orang lain sebagai hak sendiri, mencuri ler tu namanya. Ibaratnya awak masak menu yg sangat special, tetiba orang lain ngaku itu masakan dia..hah! tak ker haru. Tak salah pun kalau nak copy n paste artikel atau statement orang lain cuma ringankanlah tanan untuk meletakkan dari mana sumber asalnya. Tak rugi pun walaupun sekupang. Aku pun kekadang tak paham kenapa senang sangat depa ni dok amik hasil kerja orang, tak minta izin satu hal..tak kredit pula tu...owhhhh dunia-dunia.

Jadi beringat lah kita semua, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick