Followers

Thursday, February 9, 2012

Penat Sangat


Inilah keadaannya abang bila balik sekolah, tak sempat sampai rumah lagi dah terlelap keletihan. Semalam mummy datang lewat sikit lebih kurang jam 5.30 petang macam tu, abang tunggu mummy kat cafe sambil main dengan kawan-kawan. Dah sampai bulatan Kayangan baru terperasan beg sekolah tertinggal kat sekolah..owh...keba lah berpatah balik kesekolah untuk amik beg. Sekali lagi pusing tiba di Bulatan Kayangan punyalah teruk traffik...sabar jer...masa perjalanan pulang ni lah mummy banyak borak dengan abang, kemain abang dok cerita hal hal di sekolah, tentang kawan-kawan, tengtang ustazahnya dan juga kerja sekolah yang perlu diselesaikan. Sambil bercerita sambil makan roti. memang mummy akan standby roti dan air setiap kali amik abang pulang dari sekolah. Dah tahu budak ni memang sentiasa jer minta nak makan, jadi sediakan roti dulu buat lapik perut sebelum sampai rumah untuk menu yang lebih berat. Sekali mummy pusing belakang abang dah selamat sejahtera tertidor...Alahai penat sangat lah tu, dan elok jer tidor dalam carseat Ahmad Darwish.

2 comments:

Kazman & Sue said...

kalau dah ngantuk... mana2x pun jadi... haaa3x

Emma said...

tu la pasal...memang ngantuk sangat ni....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...