Followers

Saturday, February 4, 2012

Ikan Kerapu Tiga Rasa

Wah! Cuti panjang lagi kita. Cadangannya cuti kali ni akan ke Gold Coast Morib. Family Gathering la kunun. Tapi hari Ahad baru bertolak, jadi Sabtu ni kenalah selesesaikan mana-mana urusan rumahtangga agar balik dari percutian bolehlah berehat gitu.

Mr.Hubby dah booking 3 rooms for us, brother in law and mother in law. Hmmm budak-budaklah yang paling seronok bila dapat bersama begembira di taman tema air. Later kak-M masukkan picas suasana di sana.

Tapi sini kak-M nak share pengalaman kak-M mencuba resepi Ikan Kerapu Tiga Rasa. Ikan Kerapu ni juga kategoro ikan mahal-mahal. Balik jer dari pasal termenung kak-M dok perati ikan tu, apalah aku nak masak dengan ikan ni, Kak-M ingat masa conference dulu ikan ini dimasak ala-ala sweet sour gitu tapi ikannya sekor sekor do deep fried. Sekarang ikan yang ada depan mata telah dipotong2. Hahahahha, ok, cuba jer lah. Kak-M pilih resepi dari Myresepi.com. Pemiliknya resepi dikenali sebagai Sungkist. Terima kasih Sunkist sudi berkongsi resepi yang enak ini. Kak-M salin resepinya di bawah. Tapi versi kak-M punya lebih berkuah sebab anak-anak kak-M memang suka lauk berkuah. Masakan ini sesuai juga untuk anak-anak kerana tak pedas. Okeh mari baca resepinya





Kerapu Tiga Rasa
  • Seekor ikan kerapu
  • 2 biji bawang putih - dicincang halus
  • 5 biji bawang merah - dicincang halus
  • 8 biji cili merah - dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili ataupun guna cili api)
  • 2 biji tomato - dipotong dadu
  • 2 kerat nenas - di potong dadu
  • 2 sudu cili boh
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan
  • Sedikit daun ketumbar
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • serbuk kunyit, garam, gula & serbuk perasa
  • Minyak

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik bau.
  3. Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi & goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas.
  4. Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.
  5. Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.

3 comments:

indah.com said...

sedap gila nih

Hanif Bloglist Blog said...

Selamat Bercuti !!!

Emma said...

memanglah sangat sedap Puan Indah.com, habis licin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...