Cinnamon Roll

Ahaaa.. Apakah mimpiku bakal jadi kenyataan.ala mimpi tu lah..mimpi kereta yang hebat ittew..macam kat SINI....mau doa lebih sikit ya..heee, weekend kali ni tergerak pula hati nak meroti...ahahaha, petang semalam singgah ke kedai MyChoice untuk beli tepung kek, sekali ternampak tepung roti yang siap dicampur. Cuma tambahkan telur dan yis sahaja. Memang dah lama berhajat nak buat Cinnamon Roll ni. Apa lagi terus sambar.


Macam biasa, Kak-M memang tak kuasa nak menguli bagai, Masih lagi ingat kak-M pernah cerita dulu tentang my Bread Maker tu. Emmmm apalagi terus masukkan dalam tu biar mesin tu jer menguli. Tekan option 8 then tunggulah dalam 1 jam setengah sehingga tepung tu naik. Sementara tu boleh lah nak sidai kain ker basuh pinggan ker..heee macam tu la kan. Kena multi tasking baru banyak kerja dapat disiapkan dalam satu satu masa.


Untuk Cinnamon Roll ini kakM tak dapat nak letakkan recepinya sebab memang beli tepung yang dah siap campur. Kak-M percaya ianya adalah adunan roti manis yang biasa tu jer.. Kaedah nak buat pun senang. Bila dah adunan tu naik, sekali lagi tumbuk-tumbuk adunan tu dan gelek lah sehingga menjadi sekeping rata. taburkan gula perang yang telah dicampur dengan cinnamon powder serta raisin. kemudian gulung macam nak buat swiss roll tu. Kemudian potonglah ia dan masukkan dalam bekas untuk dibakar. Kalau letak dalam tray kek pun boleh jer. Biarkan dough tu naik sekali lagi sebelum dibakar pada subu 180 degee selama 30 minit.


Tu dia, gemuk gedabak ko..ahahahh, haloo dont' judge the book by its cover okey..walaupun rupamu kembang setaman tetapi rasamu tetap menjadi pooojaan hatiku..heee..okey sekian dan selamat mencuba.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick