Cinnamon Pull Apart Bread

MasyaAllah, roti ini memang sedap, tak hairanlah kalau dah ramai yang mencuba. Kak-M memang peminat Cinnamon bread. Dulu masa belajar kat USM balik kampung naik bas. Sampai Aloq Staq turun dan jalan kaki masuk pekan nak amik bas balik ke Jitra. Dalam pekan Aloq Staq tu ada sebuah bakeri jual Cinnamon Roll, masa ni beli jer saja cuba2, sekali, mak aiiii punya lah sedap, maka tiap2 kali balik kampung akan beli roti tu. Sejak dari tu lah kak-M jadi minta dengan roti berassaskan Cinnamon ni.

Hari ni kak-M mula meroti setelah hampir 5 tahun lebih tidak meroti..hahahah, teringat pula Bread Maker yang di bawa balik kari UK tu, BM tu pun hubby dapat bonus dari office dia so kupon tu dia bagi kak-M dan kak-M beli Bread Maker ni.

Dah lama kak-M dok target nak buat Cinnamon Pull Apart Bread ni. Kak-M baca dari Blog Secubit Garam...ish depa ni saja jer nak meracun dan memang terkena, bila dok nengok kat you tube pula cara-caranya, jadi kak-M set cuti panjang ni untuk meroti. dan here we go.....Cinnamon Pull Apart Bread in da house.


Memandangkan ini pertama kali kak-M mencuba roti ni setelah hampir 5 tahun tidak meroti, maka adalah sikit2 silap sana sini dan yg paling silap kak-M tak tunggu dough tu naik dulu sebelum masuk oven... apapun roti ini tetap sedap ditekak kak-M. Masa dok menunggu roti ni dalam oven..selepas lebih 15 minit punyalah semerbak bau cinnamon tu..hadoiii dok lapaq dah. Dan selepas masak tak dan nak sejukkan terus ngap..ish gelojoh punada. Roti ni memang enak dimakan panas2, Bahagian yang cruncy tu mak aiiii memang marvelous lah!


Okeh gambar roti kak-M ni nampak sedikit garing, bukan sekadar garing tapi dah hangit pun sikit hahaha, satu loaf lagi yang cantik tu tak sempat amik gambar dah sapu licin selamat sejahtera..hahahahh...maka lihatlah sebekas lagi yang tak seberapa, walaupun sedikit garing dan pahit2 sikit ianya habis jua.

Adunan yang Kak-M cuba ini boleh dapat 2 bekas loaf. Hmmm puas hati sungguh makan. Jadi kepada sesiapa yang berkenan nak mencuba sila-silakan.

For the Dough (in BM)
2 3/4 cups plus 2 tbs tepung
1/4 cup gula kasar
2 1/4 sudu kecik yeast
1/2 sudu kecik garam
4 tbs butter
1/3 cup susu penuh krim
1/4 cup air
2 biji telur (size A)
1 sudu kecil Vanilla extract

For the Filling
1 cup gula kasar  ( gula perang pun ok)
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon) 
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) 
4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown

Cara:
Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and salt. Ketepikan

Pukul telur, ketepikan

Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.

Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.


cara-cara membuat lipatan dough tu boleh rujuk sini Joy of Baker.

Bila dah selesai masuk dalam loaf pan tu haraplah bersabar untuk tunggu dough naik sekali lagi barulah masukkan ke dalam overn yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar selama 35 minit atau sehingga roti nampak perang keemasan. Sejukkan di atas dulang dan hidanglah.

psstttt Cinnamon ni boleh bagi kulit cantik macam produk INI ker? 

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick