Berleter

Pok pek pok pek....arghhhhh! bising la wei....!!!!!..Hmmmm, pernah tak terlibat dengan kes bising macam ni. Berleter, 'mumbling', 'nagging' dan yang seangkatan dengannya adalah satu perbuatan yang lahir dari perasaan tak puas hati, betul tak? Apakah korang dari kalangan yang suka berleter....hah jangan tipu ya....sampai anak pun boleh declare, mam ni asik pok pek pok pek jer..sikit-sikit pok pek pok pek..huhu.

Well kak-M bukanlah dalam kategori yang di atas yer tuan tuan dan puan puan..hehhehe, masa kecik kecik dulu mak kak-M dah pesan, jangan dok biasakan mulut tu berleter, bising esok esok kawin laki pun meluat hari-hari dok dengar berleter. Sampai la pun kak-M ingat pesan mak. Dan alhamdulillah kak-M dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang bebas dari leteran.
 

Ada juga orang kata yang membebel ni adalah sangat normal. Ada juga yang kata orang perempuan lebih kuat membebel berbanding dengan lelaki. Jadi apa kata korang? Lelaki atau perempuan yang lebih kuat membebel. Kalau antara kak-M dan suami, memang suami lah yang lebuh banyak membel, sangkut dalam traffic pun boleh bebel, lampu isyarat lambat tukar hijau pun boleh jadi bebel, anak lambat pakai kasut pun boleh jadi bebel..heheheh tulah contoh-contohnya. Kak-M pun bebel gak tapi cuma sikit-sikit jer.....heeee
Jadi apa sebenarnya yang menyebabkan seaseorang itu membebel. Apakah ianya sifat semulajadi seseorang ataupun dari keturunan..hahaha..ada pula keturunan membebel yer.. Membebel ni lahir dari perasaan tidak puas hati. Sampai pada suatu tahap yang tidak dapat lagi dibendung kesabarannya itu maka terjadilah berleter ini. Apabila selalu sangat berlaku maka ia akhirnya menjadi kebiasaanya. Ada pula yang menganggapkan sebagai ikutan, iaitu dia belajar dari seseorang, conothnya anak selalu dengar mak berleter maka dia pun turut ikut berleter....


Apakah untungnya berleter ni...ish sakit dada lagi adalah, kak-M selalu juga baca pada status FB yang kak-M boleh declare sebagai satu leteran..hadoiii sakit dada weh..perlukah berleter. Kata mereka 'Puas"..'hmmm memang pusa hati aku'....alangkah baiknya kalau leteran itu ditukar kepada zikir dan wirid kepada Allah, bukan sekadar puas anda bakal beroleh ketenangan jiwa InsyaAllah.

Bagaimana pula menangai orang yang kuat berleter. Susah juga kan, kebanyaknya orang tidak menjawab dengan leteran yang dilemparkan, dan ada yang menyindir kembali. Kalau kak-M diamkan ajer sampai orang tu reda.  Tapi apakah itu tindakan yang terbaik...hmm korang fikirlah sendiri yer....

Comments

Unknown said…
Yang suka berleter ni pompuan biasanya wife..hehehhe.
Meluahkan perasaan..kalau marah kang kata kurang ajar...so leteran adalah yang paling ampuh...
Aku macam biasa telinga dah season..hahaha
datang dari bloglist
emma marini said…
Hahahah, yer ker...terima Kasih di atas comment anda selamat Maju jaya

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick