Posts

Showing posts from February, 2011

Identiti

Image
Hari ni saya sempat menziarahi seoarang penolong pensyarah En. Azman yang terlantar sakit di Hospital Sungai Buloh, fuhh pertama kali memandu kereta sejauh itu, mujur tak sampai JITRA heee...tah berapa kali tol tak sampai2 hospital. En. Azman telah menjalani pembedahan mebuang tumor di kepala semalam dan kini ditempatkan di ICU. Semua beliau cepat sembuh kami doakan. Kak-M ke sana bersama seorang sahabat dan tadi sahabat kak-M tu menhadiahkan cenderahati dari Singapore. Syiok..lagi koleksi Fridge Magnet yang sememangnya hobi Kak-M mengumpulnya. Kak-M sangat tertarik dengan FM ni kerana ia mengambarkan sesuatu. Korang pernah tak ke Singapore. Kak-M kesana dulu masa umur 8 tahun kot..hahahah.. punya berzaman dulu. Dan pada zaman tu lagi kak-M mengenali SIngapore sebagai sebuah negara yang bersih. Ye memang bersih. Apa yang kak-M nak tekankan di sini FM diatas adalah sangat kena dengan identiti Singapore sebagai negara yang bersih. Tengok saja, simbol2 yang ada, semuanya di larang dan kal

Happy Birthday Sarah Nuha

Image
Alhamdulilah, Sabtu lepas kami selamat meraikan Majlis Hari Lahir anak no 2, sarah Nuha 4 tahun, tiap2 hari Nuha tanya, bila lah nak hepi besday dia...memang dah janji nak buat majlis ni sebagai upah dia pegi sekolah, Lepas saya melahirkan anak ketiga, nuha jadi tak nak ke sekolah sebab nak dok rumah dengan mummy dan baby, jenuh lah dok pujuk macam-macam dan akhrnya dengan beberapa syarat dia pun ke sekolah kembali sehinggalah hari ni. Sukanya sarah nuha meraikan hari lahirnya yang ke-4.

Diet Sihat

Dua hari lepas kak-M ada baca tentang Bakar Kalori oleh Indah.com , hmmm memang bagus sangat entry tu dan tulisannya sangat bersahaja. Hari ni kak-M nak bicara tentang diet sihat. Memang boring topic ni tapi sangat manfaat buat semua. Macam mana kalian semua susun diet kalian, makan 3 kali sehari? Apa yang kalian makan? hmmm semuanya adalah berkaitan dengan diet seharian kita. Kak-M percaya setiap antara kita punya cara yang berbeza. Masa kak-M belajar sekolah rendah dulu, kak-M memang sangat aktif sukan. Kak-M adalah pemain tennis peringkat daerah hinggalah ke sekolah menengah. Masuk Perlis open, Kedah open dan Penang open tu tok sah kira lah memang tiap tiap tahun. Kalah pun toksah kiralah , memang selalunya kalah..hahahahaha...tapi tu semua bukan masalahnya. Yang penting aktiviti mcm tu dapat menyihatkan badan. Jurulatih kak-M ketika itu ialah Sir Rahim , anaknya memang pemain tenis kebangsaan. Masa latihan dia ada memesan kepada semua pemain, kita ni sepatutnya amnil makanan yang b

Belanja Berhemah

Image
Dalam sebulan berapa ringgitkah anda belanja? Berapakah pendapatan anda? Adalah perbelanjaan anda melebihan pendapatan? Adalah barang yang dibelanjakan adalah keperluan asas atau tidak? owh macam2 nak jawab kan... Sebagai perempuan, isteri dan ibu kepada 3 orang anak, berikut adalah perbelanjaan kak-M selama sebulan petrol                                              = RM300 nappy                                              =RM100.00 (rega sale) Susu adik                                        =RM240 Susu kakak                                     =RM100 Daycare untuk kakak dan adik        =RM730 (tidak termasuk OT) Bils                                                 =RM400 (including TNB,Syabas,Broadband,TM net) Morgage rumah                               =RM1500 Insurance + sorang anak                  =RM600 Pinjaman pelajaran                          =RM150 Suami akan support: few things including duit belanja dapur dan duit poket saya hehehe, yuran sekolah abang, bil

Gores dan Menang

Image
"Kak!, sekejap kak, ni saya nak bagi kak satu peluang ni, kami tengah buat promotion ni, akak terpilih untuk masuk peraduan ni, senang jer kak, kak tak payah bayar apa pun. Kalau kak bertuah kak akan dapat hadiah bagus-bagus. Ni ha, akak cuma gores jer kad ni. nah kak amik cuba satu". Ahaa....ada ka sapa sapa yang pernah terlibat dalam kes di atas. Korang tau tak yang amalan ni masih ada. Kalau dulu budak2 ni biasanya berada di parking lot Giant atau Tesco atau mana2 hypermarket. Hadoii..! apa korang buat. Layan? hahahah..ada sapa2 yang pernah layan.  Kak-M pernah disapa dulu, pertama kali dia dtg pun kak-M dah tak caya. Kak-M kan jenis susah nak percaya tu semua. Minta maafla yer. Tak dapat hadiah besar pun tak palah. Kak-M pun tak mau tu semua. Tapi ada sekali kak-M cuba layan budak2. Sekali kad yang kak-M gores tu dapat LCD 32"..hohoho...bukannya kak-M yang ketawa kegembiraan tapi budak tu pula..'Wahh...akak berjaya, bestnya kak, wah akak, saya pun tak penah m

Kemana perginya RUH?

Image
Kak-M baru sahaja selesai baca soal jawab agama. Kali ni berkenaan kemana perginya roh si mati. Kak-M percaya isu ni mesti jadi perhatian semua. Pernah tak korang dengar orang2 tua selalu cakap terutama bulan posa, kena buka tingkap pintu segala, satni ruh bapa, mak, adik atau sedara ka akan pulang, atau pun pada malam sebelum raya. Siap dok perasap kemesyan pon ada. Ha...ada ka? ada tak? Korang tahu tak sejauh manakah kebenaran fakta itu. Pernah tak korang tanya Ustaz, ulama atau pakar agama akan kesahihan kenyataan ini. Kak-M ni memang jenis yang tak mudah percaya bulat2 .Hati-hati yer, terutama dalam penyebaran email berantai. Kalau salah kita dah dikira bersubahat menyebarkan fitnah atau fakta yang tak betui. Eloknya selidiki lah dulu. Menurut ustaz ni, orang yang dah meninggal dunia akan kembali kepada penciptanya Allah dan tak mungkin akan kembali kerana alam Barzarkh itu adalah alam Akhirat jua. Barzarkh itu bermaksud pemisah atau penghalang ibrabatnya suatu tembok yang besar

Strawberry Lassi

Image
Nak cuba tak Strawberry Lassi ni.hmmm...memang umphhh!. senang saja. 8 biji strawberry (lagi banyak lagi sedap) 1 cawan fresh milk 1sudu besar condence milk blend saja semuanya. campurkan dengan ais ketul, siap dan minum

Subway

Image
  Pagi ni rezeki murah, ada orang belanja makan. Owh sangatlah berterima kasih, safe budget..heheheh.. Kak-M breakfast di Subways today. Kalau dulu masa di England dok tengok jer menu dia tak tak boleh beli sebab ada benda troooo tut...huhu..tak halal. Tapi now in Malaysia semua boleh..yeah..memang sangat berkhasiat. Tengok saja sayuran yang dia letak, memang cruncy, krup krap ..fuhhh memang sedap dan berkhasiat. Tahan lah sampai petang. Tengah hari pun masih kenyang...jom sapa sapa yang cuba. Kalau menu pagi dia akan add omellete sekali, mantap...

Dia datang!

Image
Taraaaaaaaaa...memang gempaq neh...hihih, tak tau la betoi ke idak. Sebab kak-M neh memang tak pandai pon IT sangat. Kak-M curi-curi masa jenguk Nuffnang jap tadi. Saja dok nengok analitik tu, dok asik jatuh merudum saja..hahahha..iyalah berkarya pun bila ada masa dan tenaga. Kalau ada mood pun tapi dah letih sangat tak jadi gak nak menulis. Neh, cuba hampa tengok kat bawah, yang bawah sekali tu...bawah sekali...ehemmm the RED DIVA mai jenguk kak-M..keh keh keh..betoi ka ha?

Jam-Pack

Hari ni dah petang baru ada masa nak post. Tu pun dalam kondisi yang kalut2. Hari ni memang sangat letih kak-M, Terkejar-kejar sana sini. Jam 11 pgi tadi keluar jap bawa baby ke pakar, dah mula batuk2 takut lama2 makin kronik, alhamdulillah pakar kata ok cuma dah mula berkahak sikit. Kalian selalu tak join contest..oopppsss bukan contest blog tau, tapi contest yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat tertentu. Masa kecil2 dulu kak-M ni memang ratu contest..heeeee...pantang ada peraduan mesti masuk dan kebanyakkannya menang, yang paling kak-M ingat kak-M menang set jam tangan SWATCH dan pen SWATCH dari peraduan dalam majalah Gila-Gila..ahahhaha..masa tu kena reka dialog kot umur kak-M baru 12 tahun rasanya. Punyala syok dapat jam tangan mahal. Sekarang ni dah kurang beli majalah, jadi kak-M dok join contest kat petrol station tu...isi minyak isi borang sekali, tapi la ni dah kurang ong! Biasanya sebelum masuk apa2 peraduan, kita akan semak dulu apa hadiahnya kan? hheeee,, kalau tak seme

Hobiku hobimu jua

Image
Selamat pagi dan salam satu dunia. Pagi ini memang sungguhlah terrible, kak-M ada appointment at about 8.30, sekali jam 8.00 dah ready yang hantar anak ke daycare centre, kereta tak boleh start pula. Hadoi, maka kak-M terus telefon incik suami, dia dah separuh jalan ke office, pusing balik nak tolong kak-M, akhirnya kami tukar kereta dan dia naik motor pi office. hehehhe..petang ni la kot baru boleh panggil mekanik nak repair. Baru jer dok citer pasal AAM tu, sekali dah rosak kereta neh..hehehhehe.. Pagi ni kak-M nak borak pasal hobi, masa kecik-kecik dulu, memang banyak now la hobi kak-M ni, bermula dari mengumpul setem, kumpul pembalut gula-gula, duit syiling lama  hinggalah kumpul tiket bas..ehehehhe..tapi tah mana semua album tu ka-M simpan, sampai la cari tak jumpa, dah lupus gamaknya. Zaman modern la ni, minat kak-M masih lagi kumpul mengumpul. Tapi la ni kak-M dok gila kumpul Fridge Magnet. Hobi ni kak-M mula masa kak-M dok belajar kat UK nun, 4 tahun kat sana boleh penuh peti

Salam Maulud Rasul

Assalammualaikum Sekali lagi tahun ni kita rai sambutan hari keputraan Rasulullah a.s. Hari ni 12 Rabiulawal adalah hari kelahiran nabi junjungan kita Muhammad s.a.w. Kalau ikutkan sejarah Islam macam2 berlaku dalam bulan Rabiulawal ni. Jadi hampa semua buat apa hari ni. Ikut perarakan ka? Kak-M? dak eh, kak-M balik rumah mak mertua nun kat Klang.  Maklumlah, menantu terbaik..kui kui kui. Pastu kluaq makan kat Chicken Rice Shoppe sebab mak mertua teringin sangat nak makan Pie ti ke apa tah. Elok dok sedap makan, si abang ni termuntah plak, seperiuk..hadoi....hancus nikmat keenakan nasi ayam tu, 20 minit Kak-M dok urus cuci dia kat toilet, siap dok tunggu kat hand drier nak keringkan seluar dia yang dah basah tu..huh...pastu balik singgah GM, the wholesale city dekat depan jusco bukit tinggi tu. Sekali anak dara tidoq pula, akhirnya balik macam tu saja.

Strawberry Dipped Chocolate

Image
Masih ingat tak suatu ketika dulu masa zaman Dato Siti Nurhaliza hebat bercinta dengan Dato K tu, dia kan selalu jer bagi hadiah stoberi coklat ni pada siti....Menurut suatu sumer, pengemar stobery ni adalah seseorang yang sangat romantis, wah! sesuatu la Dato K tu..hehehehe... Cerita Kak-M kali ni tak dak kena mengena dengan Dato Siti n Dato K, tu. Petang semalam, adik ipar bawa kak-M ke tesco beli barang2 dapur yang kehabisan. Lalu kak-M teringat anak sulung kak-M ni suka makan stobery, jadi belilah sebungkus. Masa dok kat negara penjajah dulu nun, stobery ni boleh pi kutip makan free jer. Tak habis makan, buat jus dan jem segala. Kak-M pernah buatkan dia stobery salut coklat ni. Owh..memang sangat sedap. Tapi kak-M buat benda tu bukan sebab tiru mak Iti tu yer..sesekali tidak. Ia adalah alternatif untuk menghabiskan stobery yang melonggok tu. Tak susah pun nak buat stobery salut coklat ni. Boleh cubalah kalau sesekali terasa nak makan.

Dapur Pilihan

Image
Kali ni citer khas untuk orang pompuan. Kak-M percaya setiap wanita menginginkan dapur yang cantik. Kerana dapur dan wanita itu sudah sebati dan tidak mungkin di pisahkan. Samalah juga dengan Kak-M, Alhamdulillah Kak-M sangat berpuas hati memiliki dapur impian kak-M. Walaupun tidak sehebat mana, tetapi cukup selesa untuk kak-M memasak di situ. Dapur ini memang ilham Kak-M sendiri, Kak-M yang pergi mencari materialnya, mencari kontraktor segala dan ianya dari duit simpanan kak-M, bukan duit dari Nuffnag yer..belum lagi..eheheheh . Apa pula dapur pilihan kalian?

Bakar Lemak

Image
Hehehehe, mesti hampa teruja dengan tajuk di atas. Kak-M nak tanya berapa ramai di sini dalam kategori GEMOK, sila angkat tangan..hahahhha tu dia, ramai yang angkat tangan, bagus berani kerana benar..hahahaha, termasuklah kak-M yer. Zaman sekarang ni macam-macam cara orang lakukan untuk menurunkan berat badan. Kalian guna kaedah apa ya? Makan makanan kesihatan, bersenam, sauna atau mengikut rawatan diet di salun salun terkini. Kak-M pasti semuanya punya matlamat dan azam yang tinggi untuk mengurangkan berat badan. Bukan sahaja untuk kelihatan cantik tetapi juga untuk kesihatan juga.  Jadi tepuk dada tanya selera. sumber Google Image Sebenarnya kaedah yang paling selamat dan berkesan adalah dengan bersenam mengikut jadual. Kenapa? hmmmm begini.kalian kena paham bagaimana pembakaran lemak dalam badan berlaku. Berpeluh tidak semestinya menyebabkan lemak itu terbakar. Kalau begitu dengan hanya berdiri atau berjemur di tengah panas sudah cukup untuk menurunkan berat anda. Lemak akan terbak

My space, only me in my world

Image
Alhamdulillah, hari ni kak-M masuk kerja macam biasa. Penat berkonferensi masih terasa tapi hari ni semangat kerja terus berkobar2. Masih banyak misi yang belum selesai. Pagi2 lagi kak-M dah sampai office. Kemas2 sikit mana2 lebih kurang baru kak-M buka blog untuk tengok mana2 komen yang masih belum berjawab. Kejap lagi at 9.30 ada tugas yang perlu kak-M hadir. Sementara tunggu masa tu, kak-M baca2 email, dan surat khabar untuk update berita2 terkini. Hari ni abang tak sekolah sebab dapat cuti till Rabu baru masuk balik, Nuha pula dok rumah nenek dia , tinggal Darwish sahaja.

Car Breakdown

Pernah tak  keta korang breakdown di tengah2 perjalanan korang ke sesuatu tempat. Contohnya masa balik kampung ker tetiba rosak kat highway dan jarak masih jauh nak sampai ke kampung tu. Apa biasanya korang buat. Tepon pak we, sedara, or tahan je sesapa yang lalu lalang untuk minta bantuan. Kak-M masih belum pernah lagi hadapi situasi yang macam tu, cuma pernah 2 kali tayar keter pancit sampai robak rabik, hancuss, mujur tak babas terus masuk longkang, tapi semua tu jadi di sekitar kediaman kak-M so kak-M call jer incik suami minta bantuan. Ini kak-M nak bagitau satu berita baik AAM ada buat promosi baik punya. Kalau tak salah korang cuma perlu bayar RM65 sahaja dari rega asal RM100. wow!! memang menjimatkan!...jom kita terjah AAM tengok apa dia cover.... hmm..amacam? best harus sekarang kak-M pun nak register....jom!

A day trip to Petronas Twin Tower

Image
Jumaat lepas kak-M menjadi pengiring lawatan pelajar2 dari GERMAN melawat Petronas Twin Tower. Lawatan ini adalah rentetan dari kuliah mereka terhadap sistem penyelenggaan dan fasiliti bangunan. Kami disambut dengan layanan yang sangat baik dari pihak pengurusan setibanya kami pada jam 9.00 pagi di hadapan tower satu. Kami dibawa terus ke Jabatan Keselamatan untuk taklimat sebelum di bawa melawat ke Sky Bridge dan tingkat 86.. jangan tak percaya sekarang menara berkembar tersebut telah di uka kepada pelawat untuk naik sehingga ke tingkat 86. Menara ini adalah setinggi 88 tingkat. owh! memang berdengung la telinga masa dalam lift tu. Lift pula dengan kelajuan 1 saat untuk satu tingkat. Memang berdesup jer dah sampai atas. Kak-M memang sangat teruja dan berbangga menjadi rakyat Malaysia ketika berada di atas tingkat tertinggi tu..wao! memang menakjubkan.  Kalau dulu ramai yang kecam rancangan membina menara ini oleh Tun Dr. Mahadhir Mohammad dikatakan gila dan tak masuk akal. Kini menar

Conference

Image
Fuhhh...very tiring kak-M dua tiga hari ni, nak buka blog pun tak dan, but alhamdulillah masih ada yang sudi menjengah walaupun tak dak entry baru. Terima kasih banyak2 kepada yang datang melawat tu. Jasamu ku kenang, InsyaAllah kak-M akan membalas lawatan.  Hari Khamis tu kak-M kena hadir ke conference bukan kak -M jer tapi semua staff. Wah cuba korang bayang dewan baru yang kapasiti 4000 orang tu penuh. Memang ramai la yang datang. Pagi petang kak-M di conference tu dan menikmati keindahan Dewan Baru yang sangat cantik dan canggih.

Great Deal!

Image
Pagi ni, mobile phone kak-M buat hal pula..dulu incik suami ada cakap jenis tu memang ada problem, tapi lepas kak-M dah beli dan guna baru dia cakap. Nak tak nak kena lah kak-M guna seadanya. Tapi bila dah banyak kali call tapi orang sana tak dengar kita cakap kak-M pun mulalah naik hangin dan usha2 la mana-mana deal yang bagus. Then kak-M jumpa offer dari Celcom ni agak menarik lah juga. Especeially broadband dia tu, kebetulan lately broadband kak-M pun buat hal. Kejap ada line kejap tak der....hadoi.....cuba korang tengok SINI ...n apa pendapat korang..ok ker? or ada tempat lain yang lagi best?

Nagakin Capsule Tower

Image
sumber : NAGAKIN Assalammualaikum, Tau tak apakah benda kat gambar atas tu? Ia sebenarnya adalah sebuah bangunan di Jepun yang dikenali sebagai NAGAKIN CAPSULE TOWER. Unik kan?Bangunan setinggi 14 tingkat ini mempunya 140 unit individual capsule . Ianya juga adalah sebuah hotel yang dibina pada tahun 1972. Pada tahun 1996 ianya telah disenaraikan di bawah 'World Heritage'. sumber : NAGAKIN

Cube Apartment

Image
sumber Wikipedia Sedar tak sedar dah kul 1 tengahari, telepon la kawan nak ajak lunch rupanya depa semua dah keluar..aduhh..kelaparan kak-M hari ini. Dok dalam office ni kak-M dok belek2 album lama maka kak-M terjumpalah gambar di atas. Korang tahu tak kat mana bangunan tu..ehehehe...unik kan. Nama bangunan tersebut ialah Cube Apartment dan terletak di Rotterdam, Holand. kak-M dah sampai sini. Memang sangat teruja dengan senibina bangunan ni. Terbayang macam manalah keadaan di dalam bangunan yang macam dadu ni. Ini buktinya kak-M n Family dah sampai sana. Ada rezeki nak juga sekali lagi kesana. Owh! teringat kak-M pada si comel FERRIS yang diculik bapanya itu. Kat sini lah dia sekarang. Mana lah bapanya sorok dia.

Isu Bersanggul Tinggi

Image
kak-M teringat suatu masa dulu heboh kes pompuan berfeshen tudung dengan sanggul tinggi. Kalian ingat tak yang mereka bersanggul tinggi tu di kaitkan dengan sabda Rasulullah: "Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat." (Riwayat Ahmad). (Hadis ni sebenarnya lebih panjang, yang kalian dapat tu hanya separuh. Harus diteliti secara keseluruhannya baru dapat maksud yang tersirat ) Kebetulan masa tu memang tengah tip top fesen macam tu. Dalam Harian Metro ruangan Fikrah Salam yang kak-M baca ni sebenarnya tak der pun hukum haramnya berpakaian sep

Jom makan Pizza

Image
Tengahari tadi kak-M terasa sangat teringin nak makan pizza lalu kak-M ajak geng pi Pizza Hut kat Seksyen 7 tu....Ish lama sungguh tak masuk Pizza Hut ni. Sekali ada menu baru beb. Kak-M terus order yang macam gambar kat atas tu...pergh..memang lazat habes. Sekarang ni Pizza Hut ni ada buat promosi. Sungguhlah menerujakan. Jom lah makan kat Pizza Hut

Online Shopping

Image
kak-M mula belajar shopping online ni masa kak-M kat UK dulu. Masa tu memang gila dok melangut ebay..pergh..memang tahap ketagih, balik je dari universiti memang akan online la ebay tu. Kadang2 tak beli apa pun tapi syiok dok tengok barang-barang murah dalam tu. La ni semua negeri pun ada Ebay...ebay Malaysia pun ada lah. Kat UK kak-M paling suka dok cari barang-barang perhiasan rumah, omputih sana depa hias rumah ikut musim, sekejap jer guna dah tukar konsep maka dia akan lelong barang lama, kita ni pula pi beli barang2 depa tu. Mula bari sekecil2 barang hinggalah sebesar2 perabot kak-M dok borong sana..ishhh memang teruk juga kiranya. Tapi kak-M guna duit kak-M kerja part-time sana tau. Tak usik pun duit biasiswa. hihi...hari ni ada sesuatu yang kak-M nak perkenalkan berkneaan online shopping maybe youall pernah tahu dan maybe juga tak penah...untuk keterangan lanjut boleh klik sini

Teka Teki Teka Tekuk

Teka teki teka tekuk, ulaq mati hisap rokok..membayangkan betapa bahayanya rokok sampai ulaq pun boleh mati..heeeeee..... Kak-M teringat suatu masa dulu, adik dengan mak kak-M selalu dok soal jawab pasal teki teki ni. Ada suatu cerita yang buat kak-M tersenyum2 pagi ni. Disebuah perkampungan orang asli nun di utara Kedah, tinggal seorang mamat yang kerjanya menoreh getah. Setiap pagi rutinnya akan pegi ke kebuh getah untuk menoreh getah( orang Kedah kata memotong getah). Suatu pagi dalam perjalanannya ke kebun getah, tiba2 jalan yang biasa dilaluinya itu ditutup atas sebab kerja2 pembaikan jalan di lakukan maka mamat ni pun ikut jalan alternatif lain yang di arahkan. Sebelum sempat mamat ni sampai ke kebun getahnya di berpatah balik terus ke rumah....hmmmm.. agak2 kalian kenapa mamat tu tak terus ke kebun getah untuk tugas hariannya....meh cepat sapa betoi dapat hadiah..hehehhehe...

ChurpChurp

Image
Selamat sejahtera semuanya....tak tau nak tulis apa hari ini, Kak-M just dok brawsing jer sedari pagi sambil melawat mana2 blog dan sambil berhari keluarga dirumah mertua. Dalam masa dok baca2 internet ni kak-M jumpa sesuatu. Maybe ada yang dah tau, kepada yang tak tau atau tak penah cuba kak-M nak ceritala sikit. ChurpChurp ni pun satu komuniti pengiklanan sama macam nuffnang tu dan dia memang ada link dengan Nuffnang tu. Setiap minggu pasti ada iklan-iklan menarik yang di tawarkan dan blogger boleh memilih mana2 iklan untuk dipamerkan dalam blog masing-masing. Nak cuba tak, boleh click sini

Ku bawa hati ini

Image
Kak-M dah pun habis baca novel karya Elis Mokhtar ni. Kak-M ni sebenarnya bukanlah suka baca novel sedari kecik2 lagi. Tapi mengingat budak comel Ferris yang kak-M penah jumpa dan picit pipit dia tu maka kak-M habis juga baca novel ni. Novel ni sebenarnya ialah kisah benar penulis yang di olah menjadi sebuah nukilan kreatif. Kalau tak salah kak-M, ini adalah karya pertama Elis Mokhtar (selalu nak tersasul sebut Ally Iskandar—ahhaha). Pendapat peribadi kak-M novel ini adalah sebuah novel yang agak berat mengisahkan pergelokan jiwa seorang AKU..ceh..kak-M pun dah mula nak jadi sasterawon…heeeeee…. Memang sangat berat. AKU meronta jiwa di antara hati, cinta dan tanggungjawabnya. Novel ini harus dibaca dengan hati sebab kak-M percaya ianya juga di ulis dengan hati. Tetapi kehadiran LELAKI ini/itu agak mengganggu konsentrasi kak-M..heheheh..menjadi tanda-tanya disitu membuatkan kak-M ingin terus membaca dan membaca. Hampir-hampir migraine la juga masa dok baca disamping mendalami k

Beg Tangan atau Kasut

Image
Assalammualaikum Kalau semalam kak-M kata pejabat dah sunyi apatah lagi hari. Macam mana pun kak-M tetap bersemangat kerja. Masih ada masa curi-curi update blog. Pagi ni masuk office lewat sedikit sebab bawa baby untuk injection. Lepas hantar ke nursery baru lah dapat semak semua kerja-kerja yang belum selesai. Teringat Kak-M beberapa minggu lalu, seorang otai kat office ni buat survey Beg atau Kasut..hahah ntah ler kenapa dia buat survey tu...kalau diberi pilihan begitu, kak akan pilih beg tangan sebab kak-M tak kisah pun kasut macam mana asalkan selesa. Kenapa Beg Tangan yang dipilih. Terus terang kak-M bagitau yang kak-M tak der pun beg tangan brand-brand hebat macam coach, burberry bagai tu....paling hebat pon Liz Claiborne ajer..tu pun beli murah2 masa dok England dulu tu. Kak-M mahukan beg tangan yang besar, spacious dan ada banyak compartment....hahah sebabnya sebagai isteri dan ibu bekerjaya nih, haruslah macam-macam benda akan berada dalam beg tu. Sebab tu be