Followers

Saturday, December 24, 2011

Nasi Keju

Sedar tak sedar kak-M agak lama tak bersiaran. Sungguhlah sibuk kebelakangan ni sampai terlupa juga nak hantar anak ke tusyen..sungguh lah teruk. Apa pun hari ni kak-M sekeluarga sangatlah seronok menerima kunjungan sahabat dari Nilai. Depa ni baru balik dari United Kingdom. Jenuh gak ahkak dok speakang dengan anak-anaknya yang memang piowwww English tu..hahahhaha..saja syiok layan budak-budak.

Bagi meraikan sahabat ni, Kak-M memilih untuk menyediakan Nasi Keju bersama Ayam Sambal Hutan. Wah! dengar tajuk je dah meletopppp...hukhuk..Ini adalah percubaan pertama dan alhamdulillah ianya menjadi dengan baik. Sebab tajuknya yang agak menarik tu maka kak-M terpanggil untuk mencuba resepi ini.


Rujukan kak-M adalah dari Blog Masam Manis milik Azlita Aziz. Inilah kali pertama kak-M mencuba sesuatu dari blog beliau. Kak-M memang sangat tertarik dengan setiap penyediaan hidangan yang ditampilkannya dan ternyata Azlita ni memang tidak lokek. Tengoklah semua gambar yang diambilnya., sangat cantik, Kak-M ni cuma guna kamera cap ayam jer..tunggu lah i beli DSLR nanti, hah,,mesti makin rancak..huhuhu. Jadi mohon izin tuan punya blog untuk kak-M kongsi resepinya di sini. Mekasey!

NASI KEJU
by : Hjh Alijah Abdullah
Rujukan : Buku Masakan
Asmah Laili Minta Ampun Sedapnya...
Memang Sedappp!!


600 gm beras basmathi ~ cuci bersih, rendam selama 10 minit dan toskan
Air mengikut sukatan beras
10 biji bawang merah ~ dihiris
4 ulas bawang putih ~ dihiris
150 gm keju cheddar ~ diparut kasar
2 sudu makan mentega
2 kiub stok ayam ~ ita guna air rebusan ayam dan 1 kiub ayam
Rempah tumis 4 sekawan ~ ita tambah

Cairkan mentega
Tumis rempah tumis dan bawang merah sehingga layur
Masukkan bawang putih dan tumis lagi hingga naik aromanya
Masukkan stock ayam
Kacau rata dan tuangkan air
Ita tambahkan secubit garam
Apabila air mendidih masukkan beras dan masak sehingga nasik tanak
Akhir sekali parutkan keju chedar gan gaul rata
Enak di sajikan dengan sajian daging atau ayam




Sebagai pelengkap menu kak-M sediakan Ayam Sambal hutan juga dari blog yang sama , Jelatah dan Rendang Daging Palembang yang resepinya boleh di cedok dari SINI. Gambar lauk pauk lupa nak snap sebab terlalu seronok dok layan tetamu sedar2 dah luak habis..heeeee.

Jadi apa kesudahannya. Disebabkan semua yang makan mengatakan ianya sedap makan memang sedap dan penyediaaknya juga sangat mudah. Memang licin lah. Terbaik!



2 comments:

Kazman & Sue said...

nasik keju ni kalau buat serapan pun sodap jugak agaknya yee... macam nasik lemak...

Emma said...

Betui tu, leaps tu memng tercabutlah jarum mesin tu....heeeeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...