Followers

Sunday, December 4, 2011

KFC Safari Explorer

Ini cerita hari Sabtu lepas, habis jer pertandingan gubahan bunga tu, kami singgah jap kat rumah Aunty Ana di Klang untuk lunch and amik Ahmad Darwish. hehehhe, mak nak pi bermsyarakat maka kena tinggalkan Ahmad kat rumah opah (Aunty Ana). After lunch balik ke Shah Alam. Tergerak pula hati nak singgah I-City. Iyalah kan, rumah memang dekat sangat dengan I-CITY tu tapi tak penah masuk pun. Tertiba terperasan ada banner KPS Safari Explorer, ish apakah benda pula ni..pusing-pusing dalam tu baru lah tahu yang KFC memang sedangkan anjurkan festival lah juga. Hmmm memang lah rezeki budak-budak ni yang bergumbira di sini.


Selesai daftar, dapatlah beg ni dari KFC, macam-macam goody ada dalam tu. Pegi redeem meals then start perabih all the coupons.


Ada pula tunjuk-tunjuk pegang ular...geli you jadi tengok saja dari jauh. Dan budak-budak ni paling suka kalau dapat belon. Mula-mula dapat dari clown belon sorang satu. Then dah jalandari booth ke booth dapat pula dari booth Petroscience.



Cool Ahmad Darwish, dok dengan mummy jer while waiting for abang and kakak finishing their coupons. Makan cereal dari goody bag tu.



Tak ketinggalan ada juga lukis-lukis kat tangan ni, free je tau, penant mek tu dok lukis-lukis. Nasib baik sempat bebudak dua orang ni hulur tangan sebelum dia tutup kaunter untuk rehat. Abang pilih spider dan nuha pilih butterfly. Abang cakap hari ini adalah hari yang sanggt menggemebirakan. Cool Abang!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...