Keladi idaman

Pagi ni bangun begitu segar sekali. Sejuk jer kat luar sana, matahari masih belum terpancar penuh. Masih teringat-ingat lagi cerita kereta Kia Optima yang kak M baca semalam, boleh rujuk SINI kalau nak tahu Kak-M pagi ni rasa segar bugar, tidur cukup agaknya malam tadi, bangun terus ke dapur minum dan buatkan roti untuk anak standby for their brekfast. Macam nak juga makan sikit tapi mengenangkan penimbang tu dok naik turun makan kak-M choose to take a cup of Nesvita ajer. Kalau selamanya amal macam ni kak-M percaya tak perlu pun sampai kena pergi SINI. Kekadang dorang ni makan kekadang tak pun. Keluar jap kat porch..hmmm sejuk mata memandang pokok-pokok bunga yang juga segar bugar di samping angin sepoi-sepoi bahasa yang sangat dingin sekali, teringat pula masa dok di tanah penjajah nun. Cantik dan senang melihat pokok-pokok tanaman ni. Tak banyak pasu pun tapi suka menengok kehijauan dedaunannya. 


Kak-M memang peminat pokok keladi. Ini adalah pokok keladi yang kak-M paling suka. Kak-M bawa khas dari Jitra, amik anak pokok dari mak kak-M kat kampung. asalnya cuma ada 2 helai daun jer. Sekarang dah merimbun. Keladi jenis ni tak boleh kena panas, jadi letak bawah tempat yang agak redup. Daunnya sangat berkilat seolah-olah pokok tiruan. Tak perlukan air yang banyak pun, seminggu dua kali siram pun dah okay, dan dari mula tanam hingga sekarang tak pernah pun letak baja. Heee senang kan nak bela dia.


Keladi ni kak-M beli di Sungai Buloh..Ish kalau ke situ memang meroyan menengok pokok-pokok bunga segala jenis. Berbunganya hati melihat keindahan alam. Keladi ni pun tak pernah letak baja, dah setahun jugalah kak-M bela, pernah dulu dah nak sujud keladi ni, mungkin sebab kena panas. Sekarang daunnya dan banyak kembali dan keladi ni agak kasar permukaan daunnya.


Keladi ini pula Kak-M beli di Tesco, berkenan pula dengan warna merah pada jaluran daunannya. Jenis ini kena panas pun tak per, tidak begitu membesar pokoknya dan senang dijaga.


Ini ada dua jenis keladi lagi, Yang hijau pekat tu kak-M amik anaknya dari mak di Jitra, Tersangat mudah nak bela. Cuma nak kena cari batang cucuk untuk dia memanjat. Memang sangat merimbun,.Kak-M suka sangat warna hijaunya yang pekat tu. Keladi yang hijau muda tu pula beli dia Giant. Asalnya dalam bekas yang sangat comel untuk hiasan meja di pejabat. Keladi ni boleh di jumpai merata-rata. Tumbuh menjalar pada tanah yang lembab tertumanya di paya-paya. Masa beli dulu pun cuma RM5 shj sepasu.

Korang ada tanam keladi. meh kita bertukar keladi, mau? Well, sapa ada guna telefon macam SINI, sila feedback, Kak-M terasa macam mau angkat satu daaa.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick