Followers

Saturday, December 31, 2011

Baru ku tahu ini rupanya Burung Pegar


Semalam kak-M dapat maklumat baru yang sangat berharga...tentu semua pun dah kecoh hal ini kan. Tentang peribahasa kita, bukan Tentang Dhia tau, Dhia dan Suaminya dan meninggal dunia pun. Yang hidup ni harus teruskan perjuangan.

Kak-M ni bukanlah pakar bahasa apatah lagi nak kritik-kritik bahasa orang tapi masa buat sarjana muda dulu kerta bahasa Melayu peringkat tinggi memang wajib amik dan wajib lulus..hmmmm bukan senang weiii kak-M ingat cuma berjaya dapat B aja , ahh kira ok lah kan lulus ler tu kalau tak tak mungkin kak-M berada di mana kak-M berada sekarang..heeee.

Ini ha tentang peribahasa 'Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi' tahu tak mana salahnya? Salahnya macam mana Pagar tu boleh makan padi..hmmmm macam mana yek..sungguh lah juga. Kita tahu maksudnya ialah meninggalkan satu amanah untuk seseorang melaksanakannya malangnya orang yang diamanahkan itu mengecewakankan kita, dia kemana, amanah pun ke mana. ha macam tu la ibaratnya. 


Rupanya bukannya Pagar yang makan padi tetapi Pegar iaitu seekor burung, jadinya burung Pegar ini dimanakan untuk menjaga tanaman padi tapi si Pegar ini pula yang makan padi-padi tu, memang tak leh harap lah Pegar ni....hmmmmmm ia berlaku atas kesalahan terjemahan jawi ke rumi.


Sama juga dengan peribahasa 'Melepaskan Batuk Di tangga'..aha mana pula salahnya? lihat dulu maksudnya...mengapa nak batuk kat tangga? Maksud peribahasa ini ialah melakukan sesuatu pekerjaan itu tidak hingga selesai...apa kes pula dengan batuk kat tangga...hehhehehe, nampaknya di mana kaitannya. Yang betulnya ialah Melepaskan Batok di tangga. Batok ini ialah seperti penyedok lah. Orang zaman dulu sebelum naik ke rumah kena cedok air dari tempayan basuh kaki baru menapak tangga tu. Jadi mereka yang cedok tapi tinggalkan je cedok tu kat tangga tanpa meletakkan kembali ke tempat asalnya ibaratnya melakukan kerja tidak selesai...sama kes lah terjemahan dari bahasa jawi ke rumi.

untuk maklumat lanjut boleh rujuk SINI yer

1 comment:

NMS said...

Saya ada bela burung ni dulu...tp dah kene curi...Namanya: Golden....2 pasang lagi k. yg sepasang lagi warna silver

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...