Followers

Saturday, December 17, 2011

Asam Pedas Ikan Parang

Ntah hujan ribut taufan apa yang melanda, kak-M hari ni masak Asam Pedas Ikan Parang. Agaknya tersedar dari mimpi nak jalan ke Europe ni..ahahaha apa kes kak-M mimpi di siang hari. You olls ni ada offer menarik cuba click SINI, bagitau sket pendapat you olls. Pegi europe sambil drive volswagen , ada berani?

NI pula kes masa Asam Pedas Ikan Parang. Tak tau la sapa yang nak makan ikan parang parang yang kaya dengan tulang tu. En hubby tu memang harapan la nak makan ikan jenis tu, anak-anak apatah lagi. Sebenarnya ini adalah percubaan yang julung kali di adakan..hahahah. Tak pernah pun seumur hidup masak asam pedas ni, sebab dalam family memang tak der yang minat masakan ni kecuali bonda mertua. 



Petang semalam kak-M ke Giant dengan anak-anak. Ternampak pula ikan parang ni  sangat segar bugar, mungkin baru sampai ni, kak-M amik 3 keping yang dan siap potong. Tak pikir pun nak masak apa lagi, beli jer dulu. Bila balik rumah mulalah kak-M goggle cari resepi dan kebanyakkannya ikan parang ni di masak asam pedas. Sejarahnya kak-M pernah makan asam pedas yang paling best di Melaka ketika bermalam dirumah seorang sahabat. makkk aii sampai hari ni pun masih terkenang-kenang rasa masakan tu..ishhhh jadi ker aku nak masa macam tu..ehehehehe...



Melihatkan rencah ratus yang ada dirumah, banyak juga bahan yang tak cukup, sekali lagi keluar pula ke kedai pak haji. belikan segala apa yang perlu untuk masakan ini. Resepinya pula kak-M pilih dari Junis11. Sungguh tak tipu memang sedap recepinya. Senyum sampai telinga bila cubaan pertama ini menjadi. Ni kak-M minta izin untuk share resepinya di sini.

Asam Pedas Ikan Parang

Bahan-bahan ( 1 family... )

  • 3 keping ikan parang
  • Bahan kisar:-
  • 3 biji bawang merah
  • 10biji cili kering
  • 1/2 in halia
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1/4 sudu teh lada hitam
  • 1/2 in kunyit hidup
  • 2 ulas bawang putih
  • Bahan tumis:-
  • @ 1/2 bawang besar-hiris
  • @ 1/4 sudu teh biji sawi
  • @ 1/4 sudu teh halba
  • @ 2 tangkai daun kari
  • air asam jawa secukupnya
  • air secukupnya
  • 1 biji tomato-potong2
  • 5 biji kacang bendi
  • 1 serai-diketuk
  • 1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
  • minyak masak
  • garam dan gula jika suka

Cara-cara

  1. panaskan minyak. tumis bahan tumis. masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.
  2. masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.
  3. masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan. 

Okeh selamat menjamu selera.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...