Followers

Thursday, November 24, 2011

SSPN, dah buka?

Alhamdulillah target hari ni tercapai sekian lama dok perap dalam beg. Dokumen ni aku usung kesana ke mari. dan akhirnya hari ni bersama dua orang budak kenit ni aku usung juga pi melangut kat bank selama hampir 2 jam lebih menunggu siap diproses. SSPN? hampa dah buka kah? Haishhh zaman sekarang dah mesti kena ada akaun ni pulak dah. Jadi bukakan jer lah untuk 3 bradik ni. Kak-M buka di MBB, budak dua orang ni sijil lahirnya Borang W sebab lahir di luar kawasan liputan hehehhe, banyak no soklan pegawai tu tanya walhal sebelum dah pun bukakan akaun amanah saham didik dan akaun nuri dorang kat tempat ni juga. 

Tapi okaylah dorang sumer baik-baik jer. Macam biasa buka jer bank tu terus menerpa sekalian manusia yang rapat menghimpit sliding door tu..owh sungguh bergesa-gesa semua orang. kak-M pi minta borang dulu, dia suh isi borang pastu baru amik nombor giliran. wokey dah siap isi, amik nombor kena tunggu lagi 5 orang..okey lah kan, kira tak lama, dah pergi kaunter bila tiba giliran tu yang jadi macam2 hal, kes surat beranak budak-budak ni..sebelum ni berurusan okey jer. Pulak tu tak boleh terima cheques untuk buka akaun, haishhhh letih jer bapa dorang sain cheque bagai..hahahh akhirnya kak-M juga kena cashkan jadi masukkan sorang seratus sorang instead of 500 yg dalam cheque tu.


Jadi sesapa yang belum buka, elok amik dulu borangnya dan isi dirumah. Tak banyak pun kena isi cuma kalau anak ramai jenuhlah juga jari jemari ni menari-nari di situ. Jangan lupa bawakan salinan kad pengenalan ibu atau bapa, serta salinan mykid atau surat beranak anak-anak.

3 comments:

Kazman & Sue said...

wah.... bagus2x... menabung untuk masa depan anak2x...

Ungu Violet said...

mmg kene buat skang nih kan..

e'eh henset sama ar...hihi

Emma said...

Kazman, kena la menabung, dulu mak ayah kita menabungkan untuk kita, now kita pula menabungkan untuk anak2 kita

Ungu: hmm tu la dorang kata dah wajib ada pula SSPN ni, kalau tak tak mungkin lulus PtPTN ke macam tau la...hp tu saja saya beli sama macam awak.heeeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...