Rendang Dendeng
Hari ni budak-budak kecik ini sekali lagi ikut kak-M ke office tapi minggu depan dorang dan janji akan tinggal di rumah nenek di Klang. Sebenarnya okay jer dorang disini cuma bila kak-M ada meeting yang menjadi masalah sket nak tinggalkan pada siapa, harus kacau bilau kalau bawa dorang masuk meeting..hahahahah. wokey tak mo cerita panjang, semalam petang kak-M sempat sediakan rendang dendeng. Kak-M pun tak pasti dari mana asal usul rendang dendeng ni, Perak kot rasanya. Kak-M belajar msak ni masa kak-M kat UK dulu , dari dari adik Badrul. ish memang sedap rendang ni, sesuai dimakan bersama nasi minyak atau nasi tomato, nasi putih pun ok jer.
Resepi dari pelbagai sumber, main campur aduk jer, tapi aga renyah juga nak buat rendang ni, kena goreng dulu daging tu then ketuk pula daging tu pastu baru lah dimasak bersama rencah ratusnya.
Resepi : http://norlieharumaini.blogspot.com/2011/11/rendang-dendeng.html
1 kg daging batang pinang - rebus 4-5 ketul besar dan di potong setebal 1/2cm dan lebar 2-3 inci panjang (potong ikt urat sebab nak di tumbuk)
kemudian daging ditumbuk supaya lembut dan perap dengan kicap selama 1 jam (* jika x mahu masakan jadi hitam gelap daging bolehlah diperah untuk toskan kicapnya)
bahan kisar:-
30 biji cili kering - buang biji, rebus (untuk hilangkan pedasnya)
20 ulas bawang merah (lebih pun boleh)
6 ulas bawang putih
1" halia
1" lengkuas
1 cawan kicap pekat
2 cawan minyak
2 sb air asam jawa
2 ab gula (ikut rasa)
garam (rasa dulu sbb ada kicap)
air rebusan daging
terbaik!
Comments