Followers

Saturday, November 12, 2011

Raja Lawak

Mesti ramai sangat peminat siri ini. Kak-M sebenarnya dah lama tak nengok dan ikut sangat siri ini. Kekangan masa adalah salah satu sebabnya, dah sebab yang paling utama kat rumah kak-M ni cuma channel Ceria saja yang clear...heeeeeeeeeeeeeeeeee.

Petang semalam bawa anak bujang ke SACC mall, sebab dah janji dengan dia nak belikan set mainan CHESS, maka terpaksa juga pergi cari walaupun badan ni dah letih sangat dok meneman ibu mertua di hospital. Dan kak-M pun ada nak cari sesuatu, sesuatu seperti di SINI



Masuk jer dalam SACC mall tu, makkk aiiiiiiii!!! punya lah ramai rakyat. Ishhhh ada majlis apa la pulak ni. Jalan-jalan situ rupanya baru tau ada sessi ujibakat Raja Lawak..huhu..padanlah kak-M rasa pelik-pelik jer orang-orang kat situ. Ada yang pakai kain pelikat paras lutut. Ada mamat ni pakai rambut sarang tebuan hehehhe ish memang lawak lah. Dan kak-M perasan panel juri yang ada waktu tu ialah David Teoh, Sheila Rusly dan Accapan. Danish siap suh berenti melayan jap mereka-mereka yang uji bakat. Ada juga yang kak-M rasa sesaja depa tu menebalkan muka naik pentas, tak lawak langsung pun ada..huh..macam-macam daaaa.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...