Our Little Chateau


Lama dah kak-M tak review blog, blog pilihan kali ini ialah blog milik Puan Aida dari utara semenanjung. Kenalan yang kak-M anggap sebagai kakak sendiri ni cukup menarik dan peramah orangnya. Sekali berbual dengannya seolah-olah kita dah kenal lama. Puan Aida yang juga dikenali sebagai Mama Vougue ni memang obses dengan seni docor. Blog miliknya menampilkan seni tatahias di dalam rumah beliau dan mungkin juga ada diantara projek-projek decor yang pernah beliau terlibat. Blog beliau Our Little Chateau ni masih lagi baru dan kini mempunyai pengikut-pengikut yang sememangnya minta dalam seni decor. kak-M sendiri pun kalau masuk blog beliau memang lama singgah situ. Sangat sejuk hati melihat tatahias yang ditampilkannya di samping koleksi-koleksi menarik yang beliau ada. Susunatur di semua sudut rumah beliau memang begitu cantik. Susulan dari blog decor ini, mama Vouque ini juga mempunyai sebuahlagi blog yang menjual barangan hiasan rumah. kebanyakannya adalah hasil koleksi beliau semasa merauntau diluar negara. Kepada yang berminat boleh layan blog tersebut di My Sweet Closet.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick