Followers

Tuesday, November 1, 2011

Nasi Goreng Kampung Sungai Udang

Pasai pa agaknya nama nasi goreng ni di kenali sebagai nasi goreng kampung, apakah sebab asalnya resepi ini dari kampung?, kalau kita pi restoran minta nasi goreng kampung rata-rata restoran akan menghidangkan resepi nasi goreng kampung yang hampir serupa. Jadi kalau nasi goreng kampung tu kita tau dah rupanya cemana. Kalau dia mai letak nasi kaler kuning comfirm orang yang masak ni tatau nasi goreng kampung..heheheh. Punyalah popular nasi goreng kampung ni kan. Apa yang kak-M nak share hari ini ialah nasi goreng kampung resepi nenek mertua..huhu. memang sedap wes. Jadi Kak-M namakannya nasi goreng Kampung Sungai Udang sebab nenek mertua tu orang Sungai Udang, Klang. Tapi sebelum tu cuba korang klik sat SINI, sapa yang dah pasang benda ni sila comment, baguih ke idak? Nak juga pasang kalau bagus mende ni.

Bahan-bahannya,
3 cawan nasi sejuk
3 sudu besar minyak masak untuk menumis
2ulas bawang putih,
2 ulas bawang merah
secubit belacan
2 sudu besar ikan bilis ( ikut suka lah kalau nak letak banyak pun tak per)
dua sudu besar cili kering ( terpulang pada citarasa nak pedas atau kurangkan)
sebiji telur ayam

Cara-caranya:
bawang putih, bawang merah, cili, belacan dan ikan bilis di mesin bersama, jangan terlalu hancur. Tumiskan bahan-bahan ni biarakn sedikit masak hingga naik baunya, masukkan terlur dan kacau hingga bercampur semuanya, dan akhirnya masukkan nasi dan gorenglah hingga masak.Dah siap masukkan dalam bekas dah hiasilah dengan cili merah potong serta bawang goreng .Hah, senang jer kan. Selamat mencuba.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...