Anak-anak dan Ipad

Melihat anak-anak membesar depan mata adalah sesuatu yang terindah dalam kehidupan seorang ibu, ketawa, tangisan, jeritan mereka bagaikan hiburan yang sangat menggembirakan. Kak-M ni anak tak ramai,  3 orang sahaja, alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dikurniakan cahayamata yang menjadi penghibur siang dan malam kak-M.

Kak-M sempat snap few foto yang kak-M rasa sangat menarik pada kak-M. Masa ni sedang tanyangan cerita Tentang Dhia di TV3, semuanya berkumpul di ruang tamu depan TV. Biasanya waktu macam ni memang hanya tinggal kami empat beranak, Daddy belum balik lagi. Abang Danish sedang tekun menhabiskan dinnernya while Nuha dan Darwish sedang berebut Ipad..hahahaha, Kak-M hanya perhatikan dari jauh dan kebetulan kamera kat depan mata sempat kak-M ambil dua tiga foto....


Masa ni Nuha sedang main game Angry Bird using Ipad, then Darwish datang dekat, Nuha pun mula alih2 sikit sebab taknak adik tu kacau dia main game. Ok, Ahmad Darwish macam biasa dok ikut saja kakak pusing sana sini.


Then Ahmad Darwish dapat pegang juga Ipad tu sambil tarik menarik dengan kakak. Kakak cakap, " kejaplah adik, kakak dah nak menang ni, sikit jer lagi". Owh tidak nak juga pegang Ipad tu, then dah mula menjerit-jerit. Nuha pun tak mo kalah tarik balik Ipad tu sambil pujuk adik " ok -ok adik meh sini kakak tunjuk macam ni". Hahahahah, masih dua2 dua dok pegang Ipad tak mo lepas.


Wah! Ahmad Darwish makin kasar, di rebut juga Ipad tu, hihihi tarik kebelakang dah terlepas dari tangan kakak.


Kakak tak mo kalah lagi rebut balik, Ahmad Darwsih tarikh rambut kakak, kakak pun dah mula jerit2 "tolong!tolong!, Ahmad tarik rambut".


Dan akhirnya Ahmad Darwish berjaya juga mendapatkan Ipad tu, bawa lari jauh jauh..hahahhah Kesian kakak Nuha tak dapat nak habiskan game dia.....

Tulah dia gelagat anak2 yang sentiasa buat Kak-M tersenyum bahagia. Dan sebelum terlupa suka kak-M nak ingatkan untuk kita sama-sama tunaikan tanggungjawab bersama. Untuk masa depan yang selamat dan sejahtera. Kalian sudah? Kalau belum boleh tengok SINI.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick