Daging goreng kicap dan kacang panjang


Sayur-sayuran ni antara menu yang paling tak popular dalam keluarga kak-M. Antara sayur yang mendapat tempat disini ialah timun hahahahaha. Jadi kalau nak sediakan sayur suka benar kak-M buat timun masak potong..huhu.

Disebabkan ketidak popularan makanan jenis ini, kenalah dok pelbagai hidangan supaya sekurang-kurangnya ada juga sayuran dalam setiap sajian kita. Sayuran kat amat baik untuk kesihatan. Jadi kak-M selalu saja campurkan juga lauk pauk dalam sayuran atau sebaliknya.

Menu hari ini ialah kacang panjang dan daging goreng kicap. Sebenarnya nak buat daging goreng kicap, sebab nak ada sayur juga maka campakkan kacang hijau dalam daging tu. heeeeeeeeeee. Okeh senang pun nak buat menu ni.


Daging lembu di potong nipis-nipis dan kecik2
kacang panjang di potong seperti di atas.
bawang merah dan bawang putih
Bawang besar
halis 1/2 inci dititik
minyak, gula dan garam secukupnya
kicap dan sedikit sos tiram

Tumiskan bawang putih dan merah dan masukkan daging. Kacau dan kacau agar daging masak sepenuhnya masukkan juga halia yang dititik itu dan kacang panjang dan kacau lagi. Masukkan kicap dan sos tiram dan kacau dan rasakan secukupnya bersama garam dan gula.. Akhirnya masukkan bawang besar yang dipotong gelangan besar. biarkan seketika dan siap dihidangkan.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick