Followers

Sunday, October 23, 2011

Puding Roti


Minggu ni tak balik kampung mertua, mertua pun outstation jadi kita lepak2 saja rumah sendiri. yeah! home sweet home!

Petang-petang gini kak-M terasa tekak nak makan puding roti ala-ala hotel gitu. Maka kak-M terus juga buat dan bahan-bahan pun semuanya lengkap. Tak susah pun puding roti ni dan sesuai untuk semua golongan termasuklah si kenit Ahmad Darwish itu.

Bahan-bahan dan cara-caranya

1 buku roti gardenia di potong dua setiap satunya dan disusun agar bahagian tepi roti ke atas.2  sudu butter dicairkan dan 3 biji telur diblend bersama 2 cawan susu segar,1 cawan susu cair carnation. dan 2 sudu besar gula. Bancuhan ni akhirnya dituangkan kedalam bekas susunan roti tadi. Biarkan selama 20 minit ada bancuhan tadi meresap ke dalam roti. Taburkan gula di atasnya serta kismi jika mahu dan bakarla selama 30 minit pada suhu 180darjah

Untuk creame nya pula, kak-M gunakan dua cawan susu segar di blend bersama 2 sudu kecil tepung kastard dan 2 sudu besar gula. Panas dan kacau sentiasa dalam periuk sehingga agak agak pekat. Jangan terlalu lama nanti jadi puding kastard pula creme tu..heeeeeee..

wokeh, siap. selamat mencuba.


2 comments:

Michada said...

mak aih...sodap tu!

Emma said...

iya, memang sangat sedap, mari makan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...