Followers

Tuesday, October 25, 2011

Lets rock n roll with sausage rolls


 Pagi ni kak-M sediakan sausage roll kegemaran anak-anak. Ni kira sarapan yang agak ringanlah sebab biasanya cuti-cuti gini kak-M akan masak nasi goreng atau nasi lemak. Memandangkan roti masih banyak tak berusik dan hampir menemukan tarikh luput, harus ku jadikan ia sesuatu. Maka terjadikan sausage rolls ini. kih kih kih. Tapi rasanya sausage rolls ni lebih sesuai disaji sebagai menu petang. Ahhhh tak kisah ler yang penting ada sesuatu untuk anak-anak kesayangan makan di waktu pagi.


 Sausage rolls ini sangat mudah, boleh gunakan ajer apa apa bahan yang ada di rumah. Bahan utama roti dan sausage. Kak-M biasanya akan roller dulu roti tu agar ianya lebih nipis dan tak mudah serap minyak. Sausagenya pula di celur atau rebus agar sedikit masak. Gulungkan sausage ke dalam roti dan sapukan hujung roti dengan telur agar ianya melekat dan tidak terbuka ketika menggoreng. Gulungan itu kemudiannya di golekkan di atas telur dan digolekkan pula di atas nestum atau oat atau cornflake atau apa-apa yang lebih kurang sesuai lah. Kak-M golekkan dengan nesvita. Itu je stok yang ada. Akhirnya gorengkan seketika agar kekuningan keemasan. Potonglah ia untuk mudah dimakan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...