Followers

Tuesday, October 18, 2011

Kek Zebra


Ahad lepas, kak-M tergerak hati nak masak kek, alang-alang semua bahan pun ada jadi kak-M mula menyediakan bahan-bahannya. Kek Zebra ni adalah favourite anak sulung kak-M Amierul Danish. Masa dok keluarkan segala bahan letak kat atas meja, budak2 kenit ni dah mula perasan, Mummy nak buat yek? Abang dah mula exited, siap panggilkan Sarah Nuha cakap abang nak tolong mummy buat kek. Heheheheh itu lah seronoknya ada anak2 ni, belum lagi part dia tolong sepahkan bahan2 buat kek lagi..huhu. Apapun Kek Zebra ni ni sebenarnya adalah Butter Cake atau Marble Cake. Kak-M tak der resepi yang special sebab semenjak kak-M jumpa kedai ada yang menjual campuran pek kek ini kak-M memang beli simpan stok di rumah, manatau tetiba ada tetamu nak dtg mengejut, adalah benda untuk digodek-godek kan. Adunan tu hanya cuma tambahkan 6 biji telur dan 360g butter. Tepungnya memang dah siap dari kedai..heheheh.. dah hasilnya memang uppphh... Malam tu juga abang bawa untuk teacher tuisyennya dan hari Isnin abang bawa bekal kek ni ke sekolah untuk makan dengan kawan-kawan.


2 comments:

Our Little Chateau said...

Kak M....lama akak tak buat kek ni...my peberet sebenarnya...

Emma said...

heee kek paling senang, memang kesukaan ramai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...