Jerung bermata satu

 

Berita ni kak-M dapat dari Harian Metro, terang-terang lagi kak-M katanya tak tahulah sejauh manakah kebenarannya. Gambarnya pula dari sumber blog kawan-kawan. Jika benar ia berlaku, Subhanallah, betapa besarnya kuasa Allah. dialah yang mengetahui segalanya.
CALIFORNIA: Seorang nelayan menemui seekor jerung bermata satu di tengah-tengah muka haiwan itu. Janin anak jerung yang bersifat albino itu dikeluarkan dari perut ibu jerung yang ditangkap di Teluk California pada musim panas lalu. Jerung bermata satu itu semakin terkenal sejak Pisces Fleet Sportfishing menerbitkan gambarnya Julai lalu, meningkatkan khabar angin mendakwa mungkin ia adalah palsu.

Bagaimanapun menurut laporan MSNBC, penyelidik yang memeriksa haiwan itu berkata ia adalah asli walaupun sukar baginya untuk terus hidup selepas dilahirkan. Pakar ikan jerung, Felipe Galvan Magana dari Centro Interdisciplinario de Ciencias del Mar di Mexico berkata: “Spesies itu memang jarang ditemui. Setakat yang saya tahu, kurang daripada 50 contoh spesies tidak normal seperti itu sudah direkodkan.”

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick