Azam wakil rakyat Mak Nyah pertama di Poland

Tu dia, wakil rakyat pun ada dari kalangan Mak Nyah, ish, hebat puak-puak ni sampai buleh menang pilihanraya dan tercalon jadi wakil rakyat. Apakah golongan ini juga boleh mendapat tempat untuk dicalonkan dalam PRU di Malaysia?




WARSAW - Anna Grodzka (gambar) akan menjadi wakil rakyat pertama daripada kalangan mak nyah apabila dia mula menjalankan tugasnya bermula 8 November ini.Dia mahu mengetengahkan rang undang-undang berhubung hak kesaksamaan termasuk juga menggunakan dana negara untuk melakukan pembedahan menukar jantina di negara yang dihuni majoriti masyarakat Kristian Katolik. "Saya akan menjadi diri saya yang sebenar dan mahu membuktikan pandangan serong orang ramai terhadap saya adalah tidak adil," kata Grodzka. Ahli politik yang kini berusia 57 tahun itu berkata, dia akan turut memperjuangkan mengenai kesatuan bagi golongan mak nyah, persenyawaan tabung uji dan lain-lain hak minoriti. Dalam satu temu bual dengan laman portal Gadu-Gadu, Grodzka berkata dia juga mahu mengetengahkan rang undang-undang sama seperti di Australia yang menyediakan ruangan pilihan kategori jantina di pasport iaitu lelaki, wanita atau lain-lain.Dilahirkan sebagai lelaki, Grodzka yang merupakan penerbit filem dokumentari selesai menjalani pembedahan penukaran jantina pada tahun lalu. Dia merupakan calon parti Gerakan Palikot yang memenangi 10 peratus sokongan pada pilihan raya Parlimen pada 9 Oktober lalu. - Dpa

Comments

emma marini said…
huhuhu....jangan main-main, sure dia akan fight for hak asasi mak nyah.

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick