Selamat Hari Lahir Anakanda
Abang dah pun lapan tahun, walaupun kecik molek tapi Abang seorang yang pintar dan selalu dengar cakap Daddy dan Mummy. Semuga Abang menjadi anak yang soleh dan mendoakan kedua ibubapa ya.
Pada 17th September hari tu, masa Kak-M buat majlis open house tu, sekali kami meraikan sambutan hari lahir Amierul danish juga. Alhamdulillah Amierul membesar dengan sihat dan sempurna. Syukur kami diatas amanah Allah ini.
dalam keadaan kelam kabut baru kuar dari hospital menjadi Ahmad darwsih hanya kedai ni jer yang mahu mengambil tempahan. Tapi okay juga kan, cantik kek abang dan sedap juga. Memang suka abang hari tu dapat jumpa kawan-kawan dan dapat hadiah.
Sebenarnya abang nak kek Ben10, tapi jadi kek dam ular pula yerk..sebab dia anak yang baik, abang cakap tak per lah mummy kek apa pun xpa...good boy anak mummy ni.
InsyaAllah ada rezeki tahun depan kita rai lagi. Selamat Ulang Tahun ke-8 buat Amierul Danish
Kredit to kakak Napsiah yang menjadi jurukamera di hari tersebut.
Comments