Open House

Masih lagi dengan mood raya walaupun kerj kat pejabat melambak lambak, 17 September lepas alhamdulillah, kami sempat meraikan majlis rumah terbuka di kediaman kami di Seksyen 7 Shah Alam. Majlis yang dianggap kecilan ni sebenarnya macam besaran juga, mungkin sebab masanya cuma dari 12 tengahari hingga 4 petang sahaja. kalau tahun lepas sehingga malam. Tapi ok juga sebab after 4 dah boleh mengemas, malam tu terus tidor awal keletihan dalam keseronokan..heheheh. Tanpa disedari gambar ketika berlangsungnya open house itu satu pun tak sempat amik, punyalah sibuk melayan karenah tetamu.

 Macam ni lah setting kat laman rumah kak-M. Menunya boleh tahan lah juga, kak-M sepakat menempah nasi arab untuk tetamu, nasi pilau, roti jala dan kuah durian, sate, dan mee kari. Ada juga Red Velvet Cake, cup cake, Cake Lapis Sarawak, biskut raya, kuih koci, dan kuih kuih lain. Semuanya licin habis.

Hari yang sama juga kami meraikan sambutan hari lahir anak sulung iaitu Amierul Danish, alhamdulillah mamat ni dah pun 8 tahun, punyalah gembira dia di hari tersebut. Sehari seblum kak-M dah import chef muda untuk bantu buat cupcake for his birthday.


Budak dua orang ni kalau part buat-buat cake ni memag gemar sangat yang menolong. Depa paling suka meratah batter cake tu, sedap katanya.


Dan bila malam mulalah berkumpul untuk acara buka hadiah..huhuhu, tengoklah rambut pun tak bersikat takut tertinggal acara nak buka hadiah. Ahmad darwish sampai dah tertido keletihan.


Sehingga ketemu di part seterusnya untuk Majlis Hari Lahir Amierul Danish lagi.

Comments

tahun nie tak dpt g openhouse pon.raya sekejap je :( eh best nye openhouse awak! :D
emma marini said…
Trima kasih singgah ke blog saya, alahai open house biasa biasa jer, suapaya keluarga dapat berkumpul juga. saya dah masuk blog awak...cantik!

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick