Followers

Saturday, September 3, 2011

Menara untuk pengunjung tak takut gayat. Ada berani?


BEBERAPA orang berdiri di atas lantai kaca di Menara Blackpool, Britain baru-baru ini.



Enam tahun yang lalu, kak-M pernah sampai disini. Blackpool merupakan bandar yang juga lebih popular dengan nama Las Vegas Britain. Kat sini juglah segala jenis judi, kasino ada. Kami ke sana beramai-ramai tiga buah kereta rasanya. Memang meriah. Sempat kami bergembira di taman tema dimana roller coaster yang boleh menggugurkan jantung itu berada..hahahah Ada berani! Owh tidak, kak-M cuma bawa anak tempat ride kanak-kanak yang cuma GBP1 sahaja untuk satu ride..hehheheh. Kak sini juga ada menara ala-ala Eifel Tower tu. Tapi kak-M tak naik pun sebab tak sanggup nak beratur amik turn beli tiket dan beratur lagi untuk masuk lift. Jadi kami bergambar sahajalah. TApi hari ni berita ini amat menarik untuk dikongsi bersama menara tersebut kini berubah wajah. Wah! dah bercermin bagai.. Gayat la dik oii!. Hampa berani hampa naik lah. cuma nasihat kak-M jangan lah pakai skirt,  or kain sarung...huhuhu..

BLACKPOOL, Britain – Sebuah menara berusia 118 tahun diubah suai apabila kaca diletakkan di lantai untuk membolehkan para pengunjung melihat pemandangan bangunan di bawah mereka, lapor sebuah akhbar semalam.Menara Blackpool itu mempunyai ruang yang dikenali sebagai Skywalk pada ketinggian 115.82 meter.Para pengunjung perlu menaiki lif untuk tiba di lantai seberat 4.15 tan.
Kaca itu turut diletakkan di bahagian bumbung. – Agensi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...