Followers

Friday, August 5, 2011

Menu Ramadhan

Baru masuk lima hari berpuasa, Kak-M dah kekeringan idea nak masak apa. Hadoiii, hari-hari dimana jua ku barada dalam fikiran ni dok susun menu untuk berbuka. Lagi-lagi nak layan anak teruna yang baru belajar berpuasa. Kena cari menu yang dapat membuka seleranya agar dia lebih bersemangat untuk berpuasa. 

Hari pertama kami sekeluarga berbuka di Klang bersama ibu mertua kak-M dan abang ipar sekeluarga. Biasalah bila dah ramai-ramai ni macam-macam menu dihidangkan ikut tekak masing-masing. Hari pertama tu kak M masak mee goreng jer tu pun tak habis makan manakala anak teruna kenit tu makan nasi ayam KFC. Tak kisah ler asalkan dia nak puasa cakap jer nak makan apa bila berbuka, pasti dapat kan.

 Hari kedua kami berbuka di Shah Alam rumah sendiri. Kali ni kak-M masak lauk ayam merah sebab anak kak-M tu memang suka habis ayam merah ni. Kalau bukan Ramadhan memang sehari 4 kali dia akan makan nasi. Then kak-M tambah sup ikan merah untuk Sarah Nuha yang memang suka sangat sup ni.

Hari ketiga kak-M hidangkan mee kari, huh lebihan mee kuning masa hari pertama tu. Ok lah juga makan berdua laki bini. Anak teruna makan nasi dan ayam kicap.

Hari keempat kak-M masak nasi lemak. huhu oklah kan makan nasi lemak ketika berbuka. Nasi lemak serta sambal ikan bilis, telur goreng/rebus, ayam goreng tepung dan timun masak potong keh keh keh. Anak teruna request nak makan pizza hut but daddy cakap tak payah ler mummy masak nasi lemak dan ada ayam goreng tepung. Wah berbunga ler hatinya.

Hari kelima rencananya nak balik Klang tapi tak jadi sebab ibu mertuaku ke Pahang pula. Jadi kak-M sekuarga membeli belah di PARAM..huhu first time sebenarnya kak-M ke PARAM di area Shah Alam ni. Wah! macam-macam ada. Disebabkan sangat teruja dengan jualan makan dan minuman di PARAM seksyen 7 kak-M tak sempat nak amik gambar. Jadi kak-M pilih untuk nasi kerabu, hubby makan koewtew kerang, anak teruna tu makan nasi tomato, Sarah nuha pun sibuk beli donat dan aunty Rina pilih nasi berlauk. Cukup semua dah dapat sorang satu.

Dah masuk hari keenam ini, masih terpkir-pikir nak masak apa. Kalau balik Klang harus lah singgah PARAM lagi kat Simpang Empat tu. Kalau tak, kena  la perah otak lagi. Mungkin nak buat sejenis kuih talam juga lah kot. Jadi kita nantikan ya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...