Followers

Friday, August 5, 2011

Langsir baru

Last month Kak-M ke Jakel Sek-7 tu, nak tempah langsir. Memang dah lama pun kak-M cari-cari masa nak ke sana, akhirnya dapat juga. Wah meriah juga lah pilihan kain-kain untuk langsir tu kan. Pening jap mata tatau nak pilih yang mana satu. Kak-M ni jenis buat langsir 3 atau empat tahun sekali. Samada raya atau tak raya itu lah dia langsirnya ..hahahah.! 

Memandangkan rumah kak-M ni teres maka bukaan tingkap dan pintu pun tak banyak. Jadi alang-alang kak-M pilih lah yang agak-agak esklusif gitu. Dan budget pun ada lah lebih kurang kan dan yang pasti kak-M masih lagi dengan konsep English. Tak tau ler kesan selama duduk empat tahun di tanah penjajah tu cukup membuatkan kak-M teruja dengan seni interior decor nya. Kak- M suka warna hijau maka kak-M pilih kain yang tanahnya hijau, Kalau dulu langsirnya nampak biasa-biasa ajer sebab masa first time masuk rumah ni , memang banyak pakai duit jadi buat pun asalkan ada jer. Dah lebih tiga tahun langsir ala kadar tu menghiasi ruang tamu rumah kak-M jadi eloklah ianya turun tahta.he! he! he!. Dah lebih kurang setengah jam dok bincang dengan pekerja Jakel tu maka kak-M buat keputusan untuk pilih design ini. Memang sebelum ni kak-M bekenan jenis ini juga. 

Cuma yang menyedihkan untuk Roman Blind yang kak-M pilih tu dia tak letak renda pula. Hadoiiii spoil betul jadi kak-M cakap dekat mamat yang datang pasang tu suruh angkat balik letak juga. Alhamdulillah budak-budak Jakel tu okeh ja. Jadinya inilah hasilnya langsir baru rumah kak-M untuk sliding door atas dan bawah. Later kak- M masuukan gambar Roman Blind yang dorang amik repair tu yek.


Sebenarnya ruang ini kak-M nak jadikan ruangan santai keluarga. Ianya di tingkat atas, agak sempit but just nice untuk famili lepak-lepak. Ada lagi projek decor untuk area ni, tapi nantilah kak-M cerita. Then dah siap sepenuhnya kak-M letakkan lagi fotonya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...