Ubi kentang berbentuk seperti wajah Lord Voldermort


UBI kentang yang kelihatanseperti 
Lord Voldermor berkerut


Berita ini saya petik dari KOSMO, nampaknya menyeramkan, apa yang anda akan lakukan jika ia berlaku pada diri anda. Kak-M pun tatau nak komen apa. Jom baca

SOUTHAMPTON, Britain - Seorang peminat filem Harry Potter berusia 49 tahun, Ronie Todd, terkejut apabila menemui ubi kentang ganjil yang menyerupai watak jahat, Lord Voldemort dalam filem tersebut. Kentang pelik itu yang berukuran empat kali ganda lebih besar daripada kentang biasa, diambil di kebun miliknya di sini, tenggara England. Selepas membasuh kentang tersebut, dia terkejut melihat tanaman tersebut mirip wajah Voldemort, seorang ahli sihir yang dilakonkan oleh aktor, Ralph Fiennes dalam filem Harry Potter.
Menurut Todd, kentang itu mempunyai sepasang mata, hidung dan mulut berkerut seperti Voldermort. "Saya tidak percaya sebaik sahaja menggalinya daripada tanah. Ia sepatutnya sebiji kentang kecil yang sesuai untuk salad dan stik tetapi kentang ini bersaiz gergasi. Ia tidak seperti yang saya lihat sebelum ini," kata Todd. "Kemudian saya melihat ia jelas mirip Voldermort. Saya pernah menonton filem Harry Potter dan tidak terfikir bahawa wajah penjahat itu akan muncul di kebun saya," tambahnya.

Comments

emma marini said…
hahahah, kebetulan tu
Sadun said…
wahaha,,, xnk mkn la klo cmtu

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick