Followers

Monday, July 25, 2011

Sambal Tumis Petai & Kupang


Minggu mingu terakhir sebelum Ramadham ni, memang ramai wanita-wanita ganti puasa dan termasuklah kak-M. Kak-M ada 20 hari kena ganti tahun ini , wah banyakkan, insyaAllah boleh tu. Bila dah mula berpuasa ni, maka mulalah nak makan itu ini sebagai juadah berbuka. Apa carapun kak-M tetap cari nasi berlauk. Untuk berbuka petang semalam kak-M sempat menyediakan menu sambal tumis petai dan kupang. Memang dah lama tak merasa petai ni. Masa beli barang-barang dapur di Speed Mart dengan Nuha kak-M ternampak petai ni yang dah siap packing then dalam fridge tu juga ada kupang yang juga dah siap packing. Mulanya tak der rancangan pun nak masa menu ni. Pikir punya pikir kak-M kata ok lah boleh jer cuba. Wah memang menjadi. Alhamdulillah kenyang seadanya. Kot-kot ada yang ingin mencuba boleh lah yer cuba resepi kak-M yang tak seberapa ini. alah macam masak sambal tumis biasa juga. Jom layannnnn!

SAMBAL TUMIS PETAI & KUPANG

Petai
Kupang
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
10 batang cili kering
sedikit belacan
sekeping asam keping/gelugor
gula dan garam secukup rasa.
minyak masak secukupnya

Cara-cara:
Mesin bawang merah dan bawang putih serta cili kering dan belacan. Tumiskan bahan yang dimesin ini sehingga naik baunya, Masukan petai dan kacau kemudian masukkan kupang, tambhkan gula dan garam secukup rasa dan akhirnya masukkan asam keping. Siap!

Selamat mencuba.

7 comments:

Azie Azman said...

sedapnya..
azie dah la tengah lapar ni..
huhu..
hantar sini sikit kak m :)

furas said...

bez nyer.. feveret tu.. hee

Emma said...

meh alamat, nak hantar kemana? ngeeeeee

soooooour said...

cm sedap..lg2 time bln pose t...uuuuuuuurmmmmm.....

tiqa ramlan said...

dapnyerrrr~ Tapi alergic kupang camane? huuuu~

relevan said...

Wow! enaknya potai

Emma said...

meh meh jemput ke rumah makan petai...sama sambal dan nasi panas....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...