Followers

Tuesday, July 26, 2011

Pengurusan MARAH


Hahah macam skema jer tajuk entry kali ni. Serius tau, MARAH ni kalau tak diurus dengan baik boleh memudaratkan. Apakah kalian antara mereka yang kuat marah, pantang diusik, jangan ada sikit salah pun kerana itu bakal membuatkan kalian marah. Atau mungkin kalian pernah berhadapan dengan individu yang berada dalam tahan kemarahan yang teramat sangat sehingga memaki hamun dan putus kawan atau mungkin menyebakan tindakan fizikal seperti bertumbuk atau baling barang. Ianya adalah penyakit emosi yang bahaya. Beberapa hari yang lalu melalui rancangan Selamat Pagi Malaysia kot kak-M sempat mendengar diskusi berkenaan tajuk diatas. Jadi sesiapa yang berada dalam kategori sukar mengawal kemarahan eloklah membuat sesuatu sesuatu yang buruk berlaku. Macam seram jek bunyinya.

Beberapa perkara boleh dilakukan khas buat mereka yang berada dalam kemarahan yang teramat.

1. Sebagai orang Islam, eloklah terus berwuduk kerana air wuduk boleh menenangkan jiwa.
2. Keluar dari persekitaran dimana kamu berada. Andai kata marah itu berlaku di dalam pejabat, keluarkan ke bilik air ke , ke ruang receptionis ke atau ruang-ruang lain.
3. Duduk atau berbaring bagi meredakan tahap kemarahan
4. Minum air agar lebih sejuk dan nyaman.
5. Amalkan Istigfar dan wirid sepanjang masa agar kemarahan itu dapat dielakkan. Ingatlah bahawa Syaitan itu berasa di mana sahaja untuk memporak porandakan umat Islam dimuka bumi ini.

InsyaAllah anda akan beroleh kejayaan. Amin

3 comments:

dwaty said...

selalu amalkan zikir jika stress @ marah...

Siti Arfah said...

Nice tips. :). Hebt bg mreka yg mmpu mngawal kemarahan .

Emma said...

banyak syaitan dalam kepala, tu pasal asik nak marah je kerjanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...