Kari Ayam Utara
Hahah dah memang orang utara ka, memang tak boleh lari juga dari suka kari, habis satu keturunan suka makan kari. Atas permintaan anakanda sulung, Amierul Danish nak makan kari ayam, maka petang semalam kak-M pun masaklah kari ayam. Rasanya semua kari pun sama saja yang membezakan rasanya mungkin jenis rempah yang digunakan. Yang lelain tu macam bawang, halia, dan rempah ratus sama jer. Kak-M hanya menggunakan rempah Allagapa atau Babas kerana pada kak-M ianya akan menghasilkan kari yang sangat sedap, wangi dan pekat. Wohoooo ala-ala kari mamak gitu. Makan engan roti pun okeh. Jom layan Kari ayam versi Kak-M
Comments