Secret Recepi

Akhir akhir ni kecoh secret recepi tak jadi tak halal sebab ada antara bahan bahannya di katergorikan sebagai mempunyai DNA babi. Aduhhhh dah berapa banyak kita telan hanya kerana percaya pada logo halal yang dipamerkan pada setiap kedai. Tengahari tadi Kak-M lalu depan SR kat section 3 Shah Alam, wah sunyi sepi. Kalau dulu tempat tu tak pernah tak der orang. Tentulah kita umat Islam ni sangat sangat prihatin dengan apa yang kita makan sebab benda tu semua jadi darah daging kan. Teringat masa Kak-M kat UK dulu, bukan main bawa senarai code 'E' untuk pastikan yang dibeli untuk di makan itu tetap halal kalau ada keraguan tak payah beli langsung, telah telah la kita pili yang halal kan. Di sini yang tentunya negara Islam, makin dijaga makin banyak yang haram dari halal. Aduh...apa sudah jadi?

Jangan risau adik adik, kakak-kakak, abang-abang, pengumumman SR tentang halal haramnya itu tidak sesekali menutup citarasa tekak kita. Kita kan boleh bikin sendiri. Moh kerja. Ahahahah, jangan tak percaya semalam kak-M berjaya membuat sebiji carrot cake ala-alan SR gitu tapi kak-M boleh katanya yang 'kini rahsiaku menjadi milikmu' keh keh keh..apa yang nak dirahsiakan, resepi ni boleh aja google dan pasti kalian akan jumpa macam-macak version of carrot cake pilihan kalian. Yang kak-M buat ini adalah dari myrecepi.com. silalah ke sana ya. Selamat menjamu mata dengan hidangan carrot cake ini

Comments

mama aini said…
m ni buat mama terliur je..nilah kek yg mama selalu makan masa melepak kat secret recipe..carrot cheese kek...uwaaaa..mama malas nak buat sendiri..m tolong buatkan untuk mama ya!!!

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick