Introducing baby to the solid food
Assalammualaikum,
Sedar tak sedar anak kecil kak-M dah nak masuk 9 bulan. Betapa cepat masa berlalu. Mengingatkan kembali ketakutan dan kesakitan melahirkan anak, kini kak-M sentiasa tersenyum melihat gelagat anak-anak kak-M. Memandangkan usianya yang dah sembilan bulan tu, Ahmad darwish kini diperkenalkan dengan makanan pejal. Hmmm mulanya teragak agak juga dia nak makan kan, tetapi lama-lama makin suka. Nak tahu apakah makanan pertama yang kak-M perkenalkan kepada Ahmad Darwish. Tentulah Nestle Cerelac. Sangatlah sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk macam kak-M ni. Bukan sekadar penyediaannya yang mudah tetapi juga boleh dicampurkan dengan susu dan minum seperti biasa. Selepas itu Ahmad Darwish pasti tidur kekenyangan. Jom layan dulu gambar Ahmad Darwish dengan percubaan makanan pejal yang pertama.
Sebenarnya Nestle cerelac ni dah boleh diperkenal ketika bayi seumur 6 bulan lagi. Apa yang bagusnya tentang Nestle Cerelac ni. Yang pertama ialah kerana kandungan Bifidus. Tau tak apa tu Bifidus dan Immunnonutrients. Bifidus ini adalah Probiotik Bacteria yang baik yang membantu sistem penghadaman di alam perut. Immunnonutrient pula membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dari serangan penyakit. Ia merangkumi zat besi, vitamin C dan Vitamin B6. Wah dah macam pakar diet kanak- kanak plak yer. Ish ..kalau you all nak keterangan lebih lanjut jom click sini NESTLE CERELAC.
Comments