Durian



Seminggu ni rumah ni bau durian jer....ish sana durian sini durian. Baru habis 5 biji, datang lagi 6 biji. Tu dia orang kata rezeki jangan di tolak. Adik ipar kak-M bawa balik durian kampung tah mana dia dapat. so kami pun makan sekeluarga. Boleh pula budak kecik 2 orang tu makan durian. heeeee...pastu bonda mertua pula bagi lagi 6 biji dari dusun sapa tah..nah...sendawa pun dah bau durian. La ni durian bukan  lagi bermusim. Sepanjang tahun pun ada durian. Kak-M just nak kongsi bangaimana cara durian ni boleh dinikmati. Layanzzz!

1. Di sebelah utara nun, kami makan durian dengan pulut tanak dan dituang air garam. Hadoiiii memang terangkat beb.
2. Durian juga dijadikan serawa yang juga dimakan bersama pulut tanak / pulut kukus atau dinikmati bersama roti banggali atau juga roti jala. Macam ni selalu ada di rumah terbuka atau majlis mimum petang.
3. Durian juga dibuat tempoyak untuk masakan. Macam masak gulai tempoyak ikan patin...Ish..terliuq la sungguh.
4. Penah makan lempuk durian..hehehhe ala ala dodol tu. feveret kak M jugak, makan begitu saja macam cekelat, sedap sangat.
5. Sapa pandai buat kek boleh pelbagaikan kek dengan perisa durian heeee
6. Ada juga orang buat kuih seri muka, atau kuih talam campurkan durian..owh memang teruja n nak lagi dan lagi dan lagi.
7. Sambal tempoyak? hmmmm memang tak sah kalau xdak. Macam sambal belacan tu....penggemar durian memang mencari ni

apa lagi?..sila tambah

Comments

.........cP~ said…
salam..

i don't eat durian.. hehe.. saja keluarkan statement.
emma marini said…
heee..xpa, statement you tak kena apa apa bayaran pun....heee
aduih.. lapaq durian kak
jom vote cik su untuk Kotex Fresh Face Search Contest. Cara nya, g ke LINK INI pastu klik vote now. search by name: suriani salleh dah nampak gambar nanti klik vote pastu klik vote now
emma marini said…
Che Sue: Amboi, ada contest lagi ka? Dapat hadiah apa plak kali ni?

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick