Antara Naluri dan Firasat

Assalam to all blogger, lama sungguh kak M tak menulis, almaklum banyak sangat kes kes berlaku lately, mana nak menangani kes video seks, lagi kes fitnah, saman...bla bla bla...tak ke berat berat belaka tu...ngeeee...kak-M memang busy dihujung hujung semester ni. Tapi hari ni Kak-M nak kongsi satu nota berkenaan naluri dan firasat

Korang tahu ke apa itu naluri dan firasat? Sememangnya dua dua membawa maksud yang berbeza. Kalau dulu masa kak-M mengaji ustaz kata solat istikharah tu boleh membantu kita jika berada di antara dua persimpangan, taktau nak pilih yang masa satu, jadi serba salah takut tersalah pilih. Kena ulang solat tiga malam berturut-turut dan naluri akan memberitahu jawapannya. Betui ka ni? Ustaz korang ada ka kata lagu tu? sila komen sikit. Maka naluri ni kak-M simpulkan sebagai satu desakan hati, Secara amnya semua orang ada naluri dan ia hanya datang dalam masa masa tertentu sahaja. Contoh lain yang lebih jelas ialah kak-M terasa nak sangat call sembang sembang dengan mak kak-M, tiba-tiba telefon berdering dan memang mak kak-M yang call kak-M, kita mungkin mengatanya ianya hanya kebetulan tapi di suatu sudut ia adalah naluri semuajadi yang dirasai oleh dua pihak yang ada talian sangat rapat. Atau lebih terang kita katanya sebagai 'The Six Sence', Deria keenam. Ianya adalah anugerah istimewa dari Allah untuk kita.

Bagaimana pula dengan firasat? Firasat ini lebih kepada ramalan. Sesuatu yang datang berdasarkan beberapa faktor yang kita belum pasti kesahihannya. Di sini kita perlu hati hati kerana firasat selalu di salah tafsir sebagai naluri. Ingat! Naluri itu datangnya dari hati! Firasat boleh berlaku dalam banyak keadaan. Jangkaan awal tanpa usul periksa yang teliti. Sebagai contoh,  kak-M nak ke Utara hujung minggu ini dengan memandu kereta. Melihatkan kondisi  kereta, kak-M merasakan kereta tu tidak dalam keadaan baik dan akan mungkin rosak ditengah perjalanan, maka kak-M hantar servis dulu. Jelas kak-M telah meramalkan kereta akan rosak berdasarkan kondisi kereta tersebut. Sedangkan belum tentu kereta itu akan rosak. 

Hmmm amacam? ada paham..kot kot nak tambah meh tambah , sama-sama kita belajar.

Comments

indah.com said…
Naluri atau insting adalah suatu pola perilaku dan reaksi terhadap suatu rangsangan tertentu yang tidak dipelajari tapi ujud dgn sendiri
Firasat itu adalah suara hati ,karena hati tidak bohong.macam feeling kot
emma marini said…
Apakah firasat itu sesuatu yang sohih...atau hanya jangkaan?

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick