TAKABUR

Terkedu sebentar kak-M mendengar pengakuan Datuk Malek Nor (juara bina badan Malaysia tu) menerima hidayah dari Allah untuk satu perubahan dalam dirinya. Segmen Hidayah pagi tadi mengutarakan sifat TAKABUR. Seharusnya Takabur ini boleh membinasakan kita secara diam-diam. Tiga perkara yang menjadikan seseorang itu takabur adalah

1. Hati kotor
Hati kotor sentiasa mengundang prasangka buruk. Maka carilah cara untuk membersihkan hati kita. Antaranya sentiasa berzikir tasbih kepada Allah. Bersahabat dengan orang-orang baik yang sentiasa mendorong kita ke arah kebaikan.

2. Jahil ilmu 
Mereka yang jahil ilmu ini sebenarnya merasakan diri mereka itu benar belaka. Sedangkan mereka tidak sedar apa yang mereka lakukan itu salah. Mereka merasakan ilmu mereka adalah tinggi dari yang lain.  Maka tuntutlah ilmu selama boleh dan jangan pula kita terlalu bermegah-megah dengan ilmu yang dimiliki.

3.Mempersendakan orang lain
Memuja diri sendiri dan mempersendakan orang lain, Merasakan dirinya adalah yang terbaik, tidak pernah mahu mendengar serta menerima pandangan orang lain.

renungkanlah saudara saudari apakah kita termasuk dalam golongan orang-orang yang takabur ini. Nauzubillahhi min zalik.

semoga semua mendapat hidayah di hari Jumaat ini.

Comments

indah.com said…
takbur sifat yang sangat dibenci Allah. Moga kita dapat menjauhinya
emma marini said…
benar...selalu kena waspada sebab secara tak sengaja kita terjadi takbur
Anonymous said…
jauhilah sifat2 mazmumah...best2:D
emma marini said…
benar, itu semua hasutan syaitan yang direjam!
emma marini said…
benar, itu semua hasutan syaitan yang direjam!
cikAna said…
"Tidak akan masuk syurga siapa yang ada di dalam hatinya sedikit kesombongan." (HR. Muslim) moga kita terhindar...
emma marini said…
yer betul, mudaha kita terhindar dari segala kesombongan
Unknown said…
yups takabur adalah sifat yang sangat bahaya

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick