Salah Tanggapan Tentang Diet

 Lagi lagi tentang diet, hahaha apa nak buat ni jer tajuk yang terpikir dek otak kak-M. Ramai antara kita sebenarnya telah terpedaya oleh muslihat tipu helah pelbagai agensi, orang perseorang dan iklan tentang teknik dan cara diet yang betul. Kerana terlalu obses untuk menurunkan badan maka mereka terus mengikuti program yang dianjurkan. Disini kak-M senaraikan beberapa maklumat sohih dari pakar diet untuk rujukan rakan bloger.

1.  Jangan makan nasi atau benda berkarbohidrat kerana ia hanya menambahkan berat badan anda dan mengumpulkan lemak pada badan anda.
- Ianya sangatlah tidak benar. setiap kita perlukan karbohidrat kerana sumber inilah yang akan memberikan kita tenaga untuk menjalankan kerja harian.

2. Sauna dapat menurunkan berat badan.
Berat badan anda turun selepas bersauna ialah kerana anda telah banyak kehilangan air dari badan. Yang hilang hanya air bukan lemak. Hati hati. kurang air di dalam badan akan mendatangkan kesan lain pula. Yang ini sama juga konep dengan program di salun salun kecantikan yang bungkus bungkus badan sampai peluh2 tu.

3. Pengambilan makanan kesihatan untuk menurunkan berat badan.
Apa yang perlu dikurangkan ialah lemak dalam badan. Jika makan makanan kesihatan ni dapat memecahkan lemak dan dapat dikeluarkan dari badan baguslah, Sebaliknya ia tidak begitu. Makanan kesihatan hanya mengantikan nutrient yang kita tidak dapat dari makanan biasa. Hanya tambahan nutrient untuk badan

kak-M buh tiga dulu yer..later sambung, ada panggilan kecemasan..heheheh

Comments

tp kalau tak makan nasi nanti kebulur tak hengat.wuu wuu T.T
btol sgt!!! sy sokong!!
sape kate x mkn nasi tu diet.. isyh3..

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick