Otak Sihat Pemikiran Pintar
Tajuk kali ni kak-M petik daripada Harian Metro ruangan Hati. Ianya adalah berkenaan keperluan nutrien untuk kanak-kanak. Memandagkan kak-M adalah ibu kepada 3 anak comel, maka kak-M tersangatlah prihatin kehadap pemakanan mereka. Memang kak-M selalu tanya doktor-doktor pakar tentang pemakanan budak2 ni. Terutamanya anak kak-M yang sulung tu memang ada masalah dengan pemakanan ni. Jenuh jerit gempita bagai nak ajak dia makan. dah tu ada jenis-jenis makanan jer yang dia pilih. Maka secara amnya dia tidak mendapat nutrien yang secukupnya untuk kanak-kanak membesar.
Kak-M pernah tanya doktor pakar tentang susu formula untuk anak-anak. Memang ada perbezaannya antara susu formula itu. Kalian tentu perasan bahawa susu formula sekarang ada kandungan, DHA, Gangliosida dan sebagainya. Kandungan benda tu sebenarnya membawa kesan yang mendalam dalam tumbesaran dan perkembangan otak anak-anak. Secara amnya kanak-kanak memerlukan zat besi, zink, asid folik dan DHA. Asid folic secara amnya boleh dapat dari sayuran hijau...selamat sejahtera la anak-anak kak-M kalau nak jamu makan sayur..heheheh...jadi sebagai gantinya kenalah kita mendapatkannya dari sumber-sumber lain yang ada kandungan bahan2 tersebut.
DHA pula adalah ramuan utama yang diperlukan untuk membentu sel membran neutron yang menjadi penghubung antara sel yg lain untuk membantu sel otak berhubung. Ia adalah kunci untuk perkembangan otak. Maka otak yang sihat akan melahiran pemikiran yang pintar. Kanak-kanak akan lebih fokus semasa bermain atau belajar.
Jadi ibu bapa sekalian marilah kita mencari makanan yang baik untuk kesihatan otak anak-anak kita.
Comments