Origami
Kak-M terpanggil untuk menulis tentang Origami ni bila melihat anak lelaki kak-M yang sangat Obses dengan seni Origami ni. Bermula dengan lipatan kertas yang membentuk seekor katak dari seorang kawan di sekolahnya, Amierul mula bertanyakankan Daddy macam mana nak buat benda ni, bentda tu dan sebagainya. Maka kami pun bawalah dia ke MPH untuk mencari buku origami ni.
Secara amnya origami ni adalah seni lipatan dalam bahasa jepun. Macam-macam bentuk benda boleh di buat melalui seni origami ni. Nak buat origami ni pun dengan menggunakan kertas-kertas tertentu kerana kertas-kerta ini akan menghasilkan bentuk yang menarik dengan cara yang mudah. Antara jenis kertas yang biaa digunakan ialah Kami, Origamido, awshi dan sebagainya. Sudah tentulah ianya berasal dari Jepun dan namanya pun bunyi jepun Jepun gitu. dan Jepun memang terkenal dengan penghasilan kertas yang berbagai jenis dan berkualiti.
Sekarang ni balik sekolah jer dah tak layan lagi citer kartun segala tu. Lega mummy boleh tengok drama melayu..hahahahaha....tapi sampai masa dia tak tau nak lipat jenuh lah juga mummy dok belek instruction origami tu.....syok juga sebenarnya layan origami ni.
** dah keluar dari MPH tu baru perasan ada sign tak dibenarkan guna camera...opppsss sorry dah teramik gambar. Len kali tak buat lagi okey.
** dah keluar dari MPH tu baru perasan ada sign tak dibenarkan guna camera...opppsss sorry dah teramik gambar. Len kali tak buat lagi okey.
Comments
da lupe da cara2nye huhu ;)