Bahana Fitnah

Pernah kena fitnah? Pernah tak memfitnah orang lain? Atau pernah bersubahat dengan orang-orang yang membuat fitnah ini. Memang besar dosanya memfitnah. Bagaimana pula terjadinya fitnah ini. Atas dasar dengki, cemburu, tudak puas hati atau dendam. Dan ketahuilah mereka yang membuat fitnah ini adalah termasuk di dalam golongan orang-orang yang fasiq yakni mereka yang dibenci Allah taala. Bagaimana pula dengan orang yang difitnah itu. Sesungguh dia akan menangung malu atas kesalahan yang tidak pernah dilakukannya, maruah tercemar dan besar kemungkinan dipulaukan dari rakan dan orang kampung., menerima penghinaan serta tohmahan. Sangat tidak adil! Ya! Memang besar penangannya. Maka jahuilah fitnah serta menjadi subahah dalam kerja-kerja memfitnah ini.

Perbuatan memfitnah adalah perbuatan mengadu damba yang mudah menyebabkan pergaduhan dan persengketaan dua pihak yang dikaitkan dengan fitnah berkenaan. Di dalam Islam setiap tuduhan yang dibuat harus melalui 4 orang saksi.

Apabila fitnah tersebar secara berleluasa ini bermakna nilai agama telah musnah dalam diri sesorang itu.

Allah telah memberikan kita peringatan di dalam firmannya yang bermaksud "Dan Fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan" surah Al-Baqarah ayat 191.

Dosa membuat fitnah itu digolongkan sebagai dosa sesama manusia.Justru dosa itu tidak akan diampunkan Allah melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuataany a itu.

Ingat! kita tidak tahu perkara yang sebenar jadi jangan kita bercerita seolah-olah kita menjadi saksi perbuatan itu. Perkara sebegini selalunya terlepas pandang. Mungkin kita akan terlepas hukum dunia tapi hukum di akhirat tiada siapa yang dapat lari. Surah An-Nur banyak membicarakan soal tuduh menuduh dan cara penyelesaiannya melalui Islam.

** Sekadar berkongsi ilmu, kalau salah tolong betulkan. Kalau nak tambah sila beri komen anda. Terima kasih

Comments

indah.com said…
dosa pemfitnah lebih besar dari penzina
@tiF said…
fitnah lg dasyat dr membunuh!
sedih kalau kena fitnah.macam x memasal je.
Kamsiah yusoff said…
salam
fitnah dah jadi perkara biasa dlm masyarakat hari ni...masing2 nak 'naik keatas'...terpaksa pijak kepala org dibawah...cuma istilah digunakan lain...mcm 'kipas'...sedangkan ia merujuk kpd adu domba,fitnah..
emma marini said…
stuju kamsiah, memang sangat stuju, even kawan sendiri pun sanggup difitnahnya

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick