Adab bertandang

Selama empat hari kak-M di medical centre menjaga anak yang tak sihat tu, boleh dikatakan sepanjang masa dok melangut TV dari berita, dokumentari, kartun dan segala bagai cerita kak-M tengok, yer la nak buat apa lagi pun kan.

Sesuatu untuk dikongsi bersama ialah slot motivasi bersama suami ustazah nor bahyah tu bertajuk Adab bertandang dan kunjung mengunjung. Secara amnya dalam Islam kita seharusnya meraikan tetamu dan meraikan tetamu akan mendapat pahala. Sebagai tuan rumah kita wajib meraikan tetamu yang berkunjung ke rumah kita dengan menjamu makan makanan yang enak2, mengenalkan mereka kepada ahli keluarga serta menyediakan tempat tidur yang selesa sebaiknya. Jika mereka memilih untuk bermalam pertamanya tunjukkan arah kiblat sebaiknya hamparkan terus sejadah untuknya, tunjukkan bilik tidurnya dan dimana bilik airnya.

Sebagai tetamu pula ada beberapa perkara yang perlu kita ingat dan amalkan jika bertandang ke rumah orang
1. Hanya 3 kali mengetuk pintu dan 3 kali sahaja memberi salam, tidak perlu sampai mengelilingi rumah tersebut memeriksa tuan rumahnya
2. Berada di sebelah pintu dan tidak betul2 di hadapan pintu rumah kerana anda bakal melihat terus sehingga ke dapur. Manatau ada plak yang berkemban ka baru kluar dari bilik mandi, jadi mendapatkan perasaan tidak selesa kepada tuan rumah.
3. Jika bermalam, haruslah tidak melebihi 3 malam dikhuatiri mendatangkan perasaan tidak selesa kepada tuan rumah.
4. Setelah dijemput ke dalam rumah, duduklah dimana kamu di arahkan, tidak perlu berjalan-jalan melawat sekitaran ruang dalaman rumah.
Semoga semua mendapat manfaat.

Comments

indah.com said…
memang adat ini diutarakan oleh Rasulullah SAW
Admin said…
Eeemmm...kita pun tengok jugak.Bagus rancangan ni!Ari tu Ustazah cakap pasal menjadi isteri mithali.
emma marini said…
kalau tak pagi tu kat office kan, ok lah selama dok di hospital tu ada juga pengisian ruhani.
kakngah said…
mmg sangat tak syiok kalau tetamu spotcek kite punyer dapo :P

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick