Kemana perginya RUH?
Kak-M baru sahaja selesai baca soal jawab agama. Kali ni berkenaan kemana perginya roh si mati. Kak-M percaya isu ni mesti jadi perhatian semua. Pernah tak korang dengar orang2 tua selalu cakap terutama bulan posa, kena buka tingkap pintu segala, satni ruh bapa, mak, adik atau sedara ka akan pulang, atau pun pada malam sebelum raya. Siap dok perasap kemesyan pon ada. Ha...ada ka? ada tak? Korang tahu tak sejauh manakah kebenaran fakta itu. Pernah tak korang tanya Ustaz, ulama atau pakar agama akan kesahihan kenyataan ini. Kak-M ni memang jenis yang tak mudah percaya bulat2 .Hati-hati yer, terutama dalam penyebaran email berantai. Kalau salah kita dah dikira bersubahat menyebarkan fitnah atau fakta yang tak betui. Eloknya selidiki lah dulu.
Menurut ustaz ni, orang yang dah meninggal dunia akan kembali kepada penciptanya Allah dan tak mungkin akan kembali kerana alam Barzarkh itu adalah alam Akhirat jua. Barzarkh itu bermaksud pemisah atau penghalang ibrabatnya suatu tembok yang besar memisahkan dua alam. Jadi tiada istilah ruh itu kembali menziarahi keluarga dan saudaranya. Untuk maklumat lanjut korang boleh baca sini . Bersama Ustaz
Comments