Followers

Monday, February 7, 2011

Isu Bersanggul Tinggi


kak-M teringat suatu masa dulu heboh kes pompuan berfeshen tudung dengan sanggul tinggi. Kalian ingat tak yang mereka bersanggul tinggi tu di kaitkan dengan sabda Rasulullah:

"Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat." (Riwayat Ahmad).

(Hadis ni sebenarnya lebih panjang, yang kalian dapat tu hanya separuh. Harus diteliti secara keseluruhannya baru dapat maksud yang tersirat)

Kebetulan masa tu memang tengah tip top fesen macam tu. Dalam Harian Metro ruangan Fikrah Salam yang kak-M baca ni sebenarnya tak der pun hukum haramnya berpakaian seperti itu, bila dikatakan tak haram maka taklah berdosa kan. Hadis berkenaan cuma mengingatkan kita sebagai umat Islam supaya tidak mengikuti perkara-perkara yang tidak elok. Berpakaiananlah kita mengikut syariat ISLAM. Hadis berkenaan juga tidak hanya ditujukan kepada kaum perempuan tetapi juga lelaki. Berbeza pula dengan berpuasa di Hari Tashrik yang telah sah ternyata hukumnya HARAM...bila HARAM jika buat akan jatuh dosa.

Sama juga dengan trend betudung yang menyerupai SISTER di chapel tu. Takder pun sebenarnya hukum keatas feshen tu. Cuma kita renungkanlah apakah tergamak kita berpakaian menyerupai mereka itu. Tepuk dada tanya selera. Pada Kak-M asalkan semua aurat terjaga, alhamdulillah kita berada dalam lindunganNYA.

Semuga semua mendapat iktibar di sini.

** kot-kot korang terjumpa dalam kitab yang mengatakan HARAM bersanggul tinggi tolong bagitau yer...

7 comments:

roziana rahim said...

isu psl sanggul ni da bnyk kali kne tgur..tapi ramai yg x ambik peduli...semoga para wanita diluar sana sedar psl hal ni...

indah.com said...

la ni ada sanggul palsu pulak.cantik gak bila tengok kepala ada bonjol belakang. tapi tu la, hukumnya kita tak tau lagi

indah.com said...

Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.

ini pandangan dari seorang ustaz.wallahualam

Emma said...

Rupa-rupanya sanggul tu tiruan kan..ahahahah ingat betul. Dalam hati ok kata ishh panjang sungguh rambut dia sampai buleh buat sanggul macam tu..heheheheh

yahaya said...

tidak boleh ambil mudah bila ada disebut perkataan laknat..setuju dgn indah.com

HadifaR_LoVe said...

isu pasal ni memang sudah lama... tapi masih berterusan... xtau bilakah penamatnya...

mrs.sabri said...

cantik ke ada bonjolan atas kepala mcm tu?sepupu saya cakap mcm badut sarkas je..hehe :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...