Followers

Tuesday, February 15, 2011

Hobiku hobimu jua

Selamat pagi dan salam satu dunia. Pagi ini memang sungguhlah terrible, kak-M ada appointment at about 8.30, sekali jam 8.00 dah ready yang hantar anak ke daycare centre, kereta tak boleh start pula. Hadoi, maka kak-M terus telefon incik suami, dia dah separuh jalan ke office, pusing balik nak tolong kak-M, akhirnya kami tukar kereta dan dia naik motor pi office. hehehhe..petang ni la kot baru boleh panggil mekanik nak repair. Baru jer dok citer pasal AAM tu, sekali dah rosak kereta neh..hehehhehe..

Pagi ni kak-M nak borak pasal hobi, masa kecik-kecik dulu, memang banyak now la hobi kak-M ni, bermula dari mengumpul setem, kumpul pembalut gula-gula, duit syiling lama  hinggalah kumpul tiket bas..ehehehhe..tapi tah mana semua album tu ka-M simpan, sampai la cari tak jumpa, dah lupus gamaknya. Zaman modern la ni, minat kak-M masih lagi kumpul mengumpul. Tapi la ni kak-M dok gila kumpul Fridge Magnet. Hobi ni kak-M mula masa kak-M dok belajar kat UK nun, 4 tahun kat sana boleh penuh peti ais tu..keh keh keh....semua tempat yang kak-M visit kak-M mesti akan mencari fridge magnet ni menandakan kak-M dah sampai kat situ. Macam-macam jenis ada dan yang kak-M paling suka adalah dari material seramik tu, memang sangat unik dan menarik. Yang dah hancus berderai pun banyak dah, al-maklum, budak2 kenit ni nampak benda-benda pelik depa suka. Jadi amik dok main baling sana sini. Ayaq mata sajalah. Dah balik Malaysia pun kak-M masih lagi mengumpul fridge magnet ni. Korang hobi apa pula?

4 comments:

:: Zanna :: said...

byknya koleksi...zanna pun minat juga.. ^.^ bila dh byk3 nmpk cantik kan..eheh!!

Emma said...

iya..memang sangat cantik

Zakiyah Zainon said...

suka FM..saya tak banyak lagi...kalau ada kawan2 pi oversea, pesan suruh depa tlg belikan...tak dapat jejak ke sana, ada FM pun jadi la...hehehe

Emma said...

ok juga macam tu zakiyah, insyaAllah ada rezeki sampai lah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...