Diet Sihat

Dua hari lepas kak-M ada baca tentang Bakar Kalori oleh Indah.com, hmmm memang bagus sangat entry tu dan tulisannya sangat bersahaja. Hari ni kak-M nak bicara tentang diet sihat. Memang boring topic ni tapi sangat manfaat buat semua. Macam mana kalian semua susun diet kalian, makan 3 kali sehari? Apa yang kalian makan? hmmm semuanya adalah berkaitan dengan diet seharian kita. Kak-M percaya setiap antara kita punya cara yang berbeza. Masa kak-M belajar sekolah rendah dulu, kak-M memang sangat aktif sukan. Kak-M adalah pemain tennis peringkat daerah hinggalah ke sekolah menengah. Masuk Perlis open, Kedah open dan Penang open tu tok sah kira lah memang tiap tiap tahun. Kalah pun toksah kiralah , memang selalunya kalah..hahahahaha...tapi tu semua bukan masalahnya. Yang penting aktiviti mcm tu dapat menyihatkan badan. Jurulatih kak-M ketika itu ialah Sir Rahim , anaknya memang pemain tenis kebangsaan. Masa latihan dia ada memesan kepada semua pemain, kita ni sepatutnya amnil makanan yang banyak pada waktu pagi sebab kita bakal mengguna tenaga seharian, tengahari kurangkan sikit sebab tinggal separuh hari lagi tenaga bakal kita gunakan dan malam ambil sikit saja sebab dah tinggal masa untuk rehat dan tidor saja. Ha? masuk akal tak. Macam mana dengan diet kalian.

Apa makanan yang kita makan tu adalah berkhasiat? Sudah tentu kita kena pilih yang terbaik. SIla awal2 tolak ketepi semua jenis fast food tu. Sangat tak bagus. Tinggi kolestrol tau. Usia macam kak-M ni dah mula kena ambil supplement sebagai makanan tambahan. Banyakan serat seperti sayur dan buahan. semua orang pun tau ini kan. So apa lagi mari kita mulakan....Sebelum tu kak-M nak ajak kawan2 pi terjah sini 'NESTLE' sebab dia cerita tentang balance lifestyle. Tentunya sangat berkaitan dengan diet sihat ni. jom clik sini NESTLE

Comments

indah.com said…
mengamalkan diet sihat boleh memanjangkan usia

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick