Followers

Saturday, February 12, 2011

A day trip to Petronas Twin Tower

Jumaat lepas kak-M menjadi pengiring lawatan pelajar2 dari GERMAN melawat Petronas Twin Tower. Lawatan ini adalah rentetan dari kuliah mereka terhadap sistem penyelenggaan dan fasiliti bangunan. Kami disambut dengan layanan yang sangat baik dari pihak pengurusan setibanya kami pada jam 9.00 pagi di hadapan tower satu. Kami dibawa terus ke Jabatan Keselamatan untuk taklimat sebelum di bawa melawat ke Sky Bridge dan tingkat 86.. jangan tak percaya sekarang menara berkembar tersebut telah di uka kepada pelawat untuk naik sehingga ke tingkat 86. Menara ini adalah setinggi 88 tingkat. owh! memang berdengung la telinga masa dalam lift tu. Lift pula dengan kelajuan 1 saat untuk satu tingkat. Memang berdesup jer dah sampai atas.

Kak-M memang sangat teruja dan berbangga menjadi rakyat Malaysia ketika berada di atas tingkat tertinggi tu..wao! memang menakjubkan.  Kalau dulu ramai yang kecam rancangan membina menara ini oleh Tun Dr. Mahadhir Mohammad dikatakan gila dan tak masuk akal. Kini menara inilah yang membawa Malaysia ke mata dunia. Banyangkan berapa banyak keuntungan negara diperolehi daripada pencakar langit ini. Tidak hanya pada bayaran untuk masuk ke bangunan tetapi juga souvenir dan lain lain. Lebih kurang 1900 orang mengunjungi menara kemegahan Malaysia ini setiap hari.


3 comments:

indah.com said...

wau best deh!
leh naik sampai tingkat 86.gayat mampoih

misSbLurRy said...

xpenah lagi naik atas tue
muahahhaha
xde masa nk naik

Emma said...

memang gayat habes..dok tengah2 ja, tak berani nak pi rapat tepi, woiii takuttttt....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...